Harian Metro

Seu Bock ke UAE

 BAM sahkan hantar ketua jurulatih wanita kebangsaan iringi Chong Wei di Siri Super Akhir di Dubai

- Fabian Peter fabian.mark@nst.com.my

Ketua jurulatih wanita kebangsaan Tey Seu Bock (gambar) sekali lagi diberi kepercayaa­n membantu pemain perseorang­an nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei pada Siri Super Akhir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula esok.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mengesahka­n Seu Bock yang sepatutnya bercuti, dipanggil menggantik­an jurulatih perseorang­an, Hendrawan yang tidak dapat bersama berikutan masalah visa.

Terdahulu dilaporkan Chong Wei bersedia beraksi di pertanding­an itu tanpa jurulatih bersamanya.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai bagaimanap­un ketika dihubungi mengesahka­nnya.

“Kami tidak mempunyai banyak masa untuk menyelesai­kan masalah visa Hendrawan. Jadi, kami terpaksa memanggil Seu Bock. Kami tidak menjangkak­an perkara ini berlaku kerana Hendrawan sebelum ini pernah ke Dubai tahun lalu dan tiada masalah yang timbul.

“Bagaimanap­un, tiada apa yang perlu dibimbangk­an kerana perkara ini sudah dimaklumka­n kepada Seu Bock yang akan ke Dubai esok malam (hari ini). Beliau (Seu Bock) akan bersama-sama Chong Wei pada perlawanan pertama Khamis ini,” kata Chin Chai.

Seu Bock sebelum ini pernah melatih Chong Wei sebelum dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih skuad wanita.

Beliau juga memainkan peranan penting membimbing bekas pemain nombor satu dunia itu merangkul gelaran Siri Super yang kedua tahun ini ketika di Terbuka Hong Kong.

Chong Wei yang juga juara Siri Super Dunia sebanyak empat kali (2008, 2009, 2010 dan 2013), bertolak ke Dubai Ahad lalu bersama rakan sepelatih, Cheam June Wei.

Selain Chong Wei, turut layak beraksi di pentas akhir tahun ini adalah beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing bersama ketua jurulatihn­ya Chin Eei Hui.

“Beliau (Seu Bock) akan bersama-sama Chong Wei pada perlawanan pertama

Khamis ini

Ng Chin Chai

 ??  ?? CHONG Wei mula saingan di Siri Super Akhir Khamis ini.
CHONG Wei mula saingan di Siri Super Akhir Khamis ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia