Harian Metro

Los Blancos kurang selesa

- Reuters

Penyandang juara Real Madrid perlu berdepan halangan getir apabila Liga Juara-Juara bersambung Februari depan susulan undian malam tadi yang menyaksika­n juara 12 kali itu berdepan Paris Saint-Germain.

Membida kejuaraan hatrik pada pertanding­an kelab elit Eropah itu, Real menerima padah kerana tidak menjuarai kumpulan apabila mereka digandingk­an dengan kelab Paris berbelanja besar itu yang dianggap ramai antara pasukan pilihan utama menjelang undian di Nyon.

Juara lima kali Barcelona akan berdepan juara Inggeris, Chelsea, satu daripada lima kelab Inggeris dalam undian itu.

Tottenham Hotspur, yang mengunggul­i kumpulan mereka di depan Real Madrid berikutan kemenangan 3-1 di Wembley, akan berdepan juara Serie A dan naib juara musim lalu Juventus.

Manchester City, yang mencatat rekod 14 kemenangan Liga Perdana berturut-turut awal pagi semalam, kini disenaraik­an sebagai pilihan selepas diundi bertemu kelab Switzerlan­d, FC Basel pada pusingan 16 terakhir.

Juara lima kali Bayern Munich, yang berakhir di belakang PSG pada peringkat kumpulan, pasti gembira dengan dua aksi timbal balik dengan kelab Turki, Besiktas.

Juara Liga Europa, Manchester United berdepan Sevilla manakala Liverpool menentang FC Porto dan kejayaan AS Roma memenangi kumpulan mereka di depan Chelsea menyaksika­n mereka berdepan tugas getir menentang kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk.

Liga Juara-Juara terbukti sukar dimenangi PSG dan musim lalu mereka dikejutkan oleh Barcelona pada pusingan 16 terakhir, kalah aksi kedua 1-6 selepas menundukka­n kelab Sepanyol itu 4-0 di ibu negara Perancis.

Pertembung­an dengan Real bukan yang mereka harap-harapkan pada peringkat kalah mati pertama dengan Neymar dan Edinson Cavani masing-masing meledak enam gol pada peringkat kumpulan, namun mereka masih boleh berharap jika dapat mengekang penyerang terbilang Real, Cristiano Ronaldo.

“Ini sepatutnya perlawanan akhir, memandangk­an kekuatan kedua-dua kelab. Pusingan 16 terakhir agak terlalu awal, pada pandangan kami. Secara logiknya kedua-dua pasukan adalah pendabar utama trofi,” kata Emiliano Butragueno, pengarah

 Real berdepan PSG pada pusingan 16 terakhir

hubungan institusi, berikutan undian itu.

“PSG semakin kuat dan kuat, mereka beraksi hebat pada peringkat kumpulan dan bertenaga. Saya tidak fikir ia undian yang bagus buat mereka juga. Ia pasti satu pertembung­an menarik.”

PSG dan Real sudah bertembung enam kali di Eropah, terbaru pada peringkat kumpulan musim 2015-16 apabila kedua-dua pasukan seri 0-0 di Paris dan Real menang di tempat sendiri 1-0.

Chelsea dan Barcelona akan memperbaha­rui permusuhan Liga Juara-Juara dengan kali terakhir pada separuh akhir 2012 apabila Chelsea menang 3-2 secara agregat sebelum merangkul trofi itu buat julung kali dalam sejarah mereka.

Barcelona menang separuh akhir 2009 menerusi peraturan gol di tempat lawan.

“Kami melalui masa-masa hebat di Stamford Bridge, betul kan?” tulis pemain Barca, Andrea Iniesta dalam Twitter.

 ?? Emiliano Butragueno ?? PSG semakin kuat dan kuat, mereka beraksi hebat pada peringkat kumpulan dan bertenaga. Saya tidak fikir ia undian yang bagus buat mereka juga. Ia pasti satu pertembung­an menarik”
REAL berdepan laluan sukar selepas diundi menentang PSG.
Emiliano Butragueno PSG semakin kuat dan kuat, mereka beraksi hebat pada peringkat kumpulan dan bertenaga. Saya tidak fikir ia undian yang bagus buat mereka juga. Ia pasti satu pertembung­an menarik” REAL berdepan laluan sukar selepas diundi menentang PSG.
 ??  ?? XABI Alonso ketika undian malam tadi.
XABI Alonso ketika undian malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia