Harian Metro

Pamer kualiti Liga Super

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Sekalipun FELDA United akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan namun jurulatihn­ya, B Sathianath­an menuntut anak buahnya memperagak­an kualiti Liga Super dalam persembaha­n mereka kelak.

Malah, beliau mengingatk­an pemain supaya tidak sambil lewa dalam menghadapi pasukan liga kelas kedua itu.

“Pemain kena ingat, walaupun bermain dalam Liga Perdana, tapi mereka memiliki kualiti pasukan Liga Super kerana FELDA United ‘diturunkan bukan secara merit’, tapi hanya kerana masalah teknikal.

“Jadi, pemain perlu kekalkan semangat Liga Super dalam diri mereka serta bermain seolah-olah mereka dalam liga utama itu walaupun hakikatnya mereka

(gambar)

beraksi dalam Liga Perdana,” kata Sathia.

Jurulatih itu berkata, walaupun pemain sudah dapat menerima nasib yang menimpa pasukan itu, namun beliau bimbang timbul pula sindrom pemain memandang remeh saingan Liga Perdana.

“Saya bimbang mereka mengambil mudah kerana menganggap pasukan yang dihadapi kelak tidak setaraf FELDA United. Jika pemain bersikap begini, kami akan menerima padah.

“Ia sekali gus akan merencatka­n matlamat kami mahu kembali ke Liga Super pada

 Sathia tak mahu pemain beraksi sambil lewa dalam saingan Liga Perdana

2019 kerana saya memang memasang tekad FELDA hanya akan bermain semusim saja dalam Liga Perdana.

“Sasaran FELDA United musim depan adalah menjuarai Liga Perdana dan kami mahu memenangi salah satu piala sama ada Piala FA atau Piala Malaysia,” katanya.

Kebimbanga­n Sathia itu ada asasnya apabila beliau mengimbas kembali kekalahan 1-3 FELDA United kepada PKNP FC pada suku akhir pertama Piala Malaysia musim ini sebelum bangkit dengan kemenangan 4-1 dalam aksi kedua.

“Perlawanan itu patut dijadikan iktibar oleh pemain supaya tidak memandang rendah keupayaan pasukan Liga Perdana. Jangan ingat pasukan berstatus begini tidak pandai main bola,” kata Sathia.

Beliau berkata, walaupun semangat pasukan agak terencat seketika kerana diturunkan ke Liga Perdana namun kini persiapan berjalan seperti biasa dengan kehadiran muka baru Thiago Junior Aquino (Perak), Gilberto Valdenesio Fortuno (PKNP), Syamim Yahya dan Christie Jeyaseelan (Pahang) mampu memantapka­n pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia