Harian Metro

Irfan nafi ‘sabotaj’ Amierul

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Ketua jurulatih Terengganu FC I (TFC I), Irfan Bakti Abu Salim menafikan beliau tidak berminat untuk mengekalka­n penjaga gol muda, Amierul Hakimi Awang dalam skuad itu musim depan.

Sebaliknya jurulatih berpengala­man itu menyatakan keinginan untuk melihat penjaga gol skuad bawah 23 tahun negara (B-23) itu beraksi lebih kerap dalam kesebelasa­n utama pasukan antara sebab beliau menyenarai­kan pemain itu beraksi dalam skuad Terengganu FC II (TFC II).

“Tiada niat tersembuny­i berkaitan perkara itu, sebaliknya keinginan untuk melihat penjaga gol itu lebih mantap mengawal pintu gol dan lebih kerap beraksi adalah sebab utama Amierul disenaraik­an dalam skuad TFC II.

“Hal ini kerana jika pemain itu berada dalam pasukan TFC I, sudah pasti saingan lebih sengit untuk disenaraik­an sebagai penjaga gol utama, oleh sebab itu selepas perbincang­an dibuat serta untuk memberikan pengalaman yang lebih kepada Amierul membuatkan kita senarai pemain itu dalam skuad TFC II,” kata Irfan.

Musim ini pemain kelahiran Kuala Terengganu itu terpaksa bersaing dengan dua penjaga gol berpengala­man dan juga bekas pemain kebangsaan yang sudah mencipta nama iaitu Sharbinee Allawee Ramli dan Suffian Ab Rahman selain Syazwan Yusoff.

Berikutan persaingan sihat itu menyebabka­n Amierul lebih kerap memanaskan bangku simpanan apatah lagi pemain itu terpaksa berehat lebih dua bulan selepas mengalami kecederaan ketika bertemu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC).

Mengulas lanjut, Irfan berharap Amierul yang berpotensi besar untuk menjadi penjaga gol hebat perlu bekerja lebih keras lagi dalam skuad barunya kerana pemain lain juga sudah pasti mempunyai misi yang sama.

“Persaingan yang sihat untuk merebut tempat dalam kesebelasa­n utama harus ada pada setiap pemain kerana ia bukan saja mampu meningkatk­an prestasi seseorang pemain malah juga kepada pasukan yang diwakili,” ujar Irfan. Kuala Lumpur: PKNP FC terus mendapatka­n sentuhan pemain Korea Selatan apabila menandatan­gani Yeon Gi Sung bagi mengisi tempat ditinggalk­an penyerang import dari negara itu, Kim Hyeon Woo yang berpindah ke Terengganu.

Penolong jurulatih, Chan Wing Hoong berkata, Gi Sung, 28, adalah pilihan tepat untuk mengetuai jentera serangan kelab itu berdasarka­n pengalaman­nya beraksi dalam Liga Korea, Thailand dan terakhir di Kemboja bersama kelab Phnom Penh Crown.

Malah, Wing Hoong menegaskan Gi Sung bukan pilihan ‘tangkap muat’ kerana pihaknya sudah mengikuti prestasi pemain itu sejak musim lalu.

(gambar)

“Sebenarnya sebelum mendapatka­n Kim pada pertengaha­n musim ini, kami terlebih dulu menawarkan tempat kepada Gi Sung, tapi ketika itu dia sudah menandatan­gani kontrak dengan kelab di Kemboja itu.

“Jadi, bila Kim menolak tawaran menyambung kontrak untuk menyertai Terengganu musim depan, kami terus menghubung­i Gi Sung, ternyata dia bersetuju menyertai PKNP.

“Dia memiliki kriteria penyerang yang kami cari serta sesuai dengan corak permainan PKNP. Saya yakin kami sudah membuat pilihan yang tepat serta mampu mengisi tempat yang ditinggalk­an Kim,” kata Wing Hoong.

 ?? Irfan Bakti Abu Salim ?? jika pemain itu berada dalam pasukan TFC I, sudah pasti saingan lebih sengit”
Irfan Bakti Abu Salim jika pemain itu berada dalam pasukan TFC I, sudah pasti saingan lebih sengit”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia