Harian Metro

BADAI SEMALAM

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Empat pemancing berdepan detik getir lebih 12 jam apabila bot dinaiki mereka hanyut selepas mengalami kerosakan enjin di perairan Pulau Tiga, dekat sini, kelmarin.

Episod malang pemancing lelaki berusia 33 hingga 62 tahun itu bermula apabila hujan lebat dan ombak besar melanda kawasan perairan berkenaan sehingga memaksa mereka melabuhkan sauh untuk mengelakka­n bot dihanyutka­n ke tengah laut, tetapi tali sauh pula terputus.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan pulang ke Labuan kira-kira jam 6 pagi, tetapi dilanda malang sekali lagi ketika dalam perjalanan pulang apabila enjin bot tiba-tiba rosak dan ketiadaan sauh menyebabka­n mereka hanyut ke tengah laut.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 11 pagi sebelum mengerahka­n sepasukan anggota bersama bot ronda menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan berkenaan.

Bagaimanap­un katanya, keadaan laut yang bergelora memaksa bot ronda berpatah balik ke Jeti APMM Labuan dan operasi mengesan mangsa diteruskan menggunaka­n kapal peronda.

“Bot kumpulan pemancing berkenaan ditemui terapung kirakira 15 batu nautika di utara berhampira­n Tanjung Kubung Labuan pada jam 6.50 petang semalam (kelmarin). Empat pemancing terbabit ditemui dalam keadaan keletihan, namun selamat,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, mangsa dibawa balik ke Jeti APMM Labuan, namun usaha menunda bot terbantut apabila bot mangsa tenggelam berikutan laut yang bergelora.

Katanya, orang ramai yang mahu keluar memancing di laut dinasihatk­an membuat persiapan sewajarnya berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

 ?? FOTO ?? ANGGOTA APMM berjaya menyelamat­kan empat pemancing selepas bot mereka mengalami kerosakan enjin.
FOTO ANGGOTA APMM berjaya menyelamat­kan empat pemancing selepas bot mereka mengalami kerosakan enjin.
 ??  ?? KEADAAN bot dinaiki empat pemancing. ANGGOTA APMM berjaya menyelamat­kan bot yang dihanyutka­n di Tanjung Kubung Labuan.
KEADAAN bot dinaiki empat pemancing. ANGGOTA APMM berjaya menyelamat­kan bot yang dihanyutka­n di Tanjung Kubung Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia