Harian Metro

Terkedu jual tayar curi kepada pemilik

-

Miri: Dua pencuri ditahan selepas mereka terperangk­ap apabila menjual tayar kereta yang dicuri kepada pemilik tayar berkenaan di Permyjaya, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek lelaki dan wanita berusia 27 serta 25 tahun itu ditahan polis jam 1 pagi ketika melakukan urus niaga berkenaan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai mencuri empat tayar kereta Perodua Kancil milik wanita berusia 40 tahun di tempat letak kereta di Jalan Miri-Pujut jam 3 petang, Sabtu lalu.

Menurutnya, suspek mengiklank­an ‘barang panas’ itu menerusi laman sosial Facebook (FB) pada harga murah.

“Bagaimanap­un, tindakan bodoh suspek memakan diri apabila iklan berkenaan dilihat mangsa berikutan yakin tayar dan rim miliknya yang hilang sebelum ini.

“Mangsa mengaturka­n pertemuan dengan suspek kononnya sebagai pelanggan di hadapan sebuah stesen minyak di Permyjaya bagi memerangka­p penjenayah itu sebelum memaklumka­n kepada polis.

“Selepas memperkena­lkan diri, mangsa melihat tayar dan rim miliknya yang dicuri disimpan di dalam kereta Proton Saga yang dinaiki suspek sebelum serbuan dilakukan polis,” katanya.

Katanya, suspek yang terkedu gagal melarikan diri dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­dan Stanley Jonathan Ringgit mengesahka­n tangkapan, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

 ??  ?? KERETA yang dinaiki dua suspek curi tayar kereta dirampas polis.
KERETA yang dinaiki dua suspek curi tayar kereta dirampas polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia