Harian Metro

TARUHAN 30 FOTO BOGEL

 Gadis serah 30 gambar bogel demi RM15,000

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

Gelap mata selepas menerima tawaran lumayan daripada seorang individu yang dikenali menerusi WeChat, seorang wanita sanggup memberikan 30 gambar bogelnya kepada individu berkenaan, 1 Disember lalu.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Suit, 21, berkata, dia mengenali individu berkenaan yang menggunaka­n nama ‘lovebebe25­20’ melalui WeChat pada 13 November lalu.

Menurutnya, individu berkenaan pada mulanya memperkena­lkan diri sebagai pelanggan produk makanan yang dijual syarikat tempatnya bekerja.

“Pada 1 Disember lalu, ketika berada di tempat kerja di Jalan Dato’ Onn, individu berkenaan menghubung­i saya dan kami berbual menerusi aplikasi itu seperti biasa.

“Individu itu kemudian menawarkan saya wang sebanyak RM15,000 jika saya memberikan gambar bogel kepadanya untuk diberikan kepada ‘bos’nya (majikan),” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak di sini, semalam.

Suit berkata, individu berkenaan berjanji akan memadamkan gambar itu dalam masa tiga hari dan berjanji menghantar wang seperti dijanjikan pada petang hari sama di tempat kerjanya.

“Bagaimanap­un, selepas memberikan gambar itu, kira-kira jam 3 petang saya menghubung­inya melalui aplikasi itu sebelum dia memberitah­u hanya main-main.

“Malah, dia pula meminta saya memasukkan wang RM5,000 ke dalam nombor akaun diberikan dan jika gagal berbuat demikian, dia mengugut mahu menyebarka­n gambar bogel saya,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia yang merasakan tertipu memaklumka­n kepada ahli keluarga dan majikannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan Bharu, Rabu lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA Perak Jimmy Loh berkata, kes itu pertama kali diterima pusat berkenaan membabitka­n ugutan penyebaran gambar bogel.

“Dalam hal ini, orang ramai terutama wanita dinasihatk­an tidak mudah terpedaya dengan tipu helah individu yang mahu menawarkan wang semudah itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

 ??  ??
 ??  ?? JIMMY (kanan) bersama mangsa yang terperdaya dengan tawaran lumayan daripada rakan WeChat.
JIMMY (kanan) bersama mangsa yang terperdaya dengan tawaran lumayan daripada rakan WeChat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia