Harian Metro

Garap minda positif untuk hati tenang

-

Ungkapan Greek ‘Ensano kopore sano’ yang membawa maksud ‘otak yang sihat datang daripada badan yang sihat’ adalah cukup bermakna dan ia sering digandingk­an dengan minda iaitu daya pemikiran, jiwa iaitu daripada unsur roh serta jasad yang berbentuk fizikal.

Tiga elemen yang merupakan satu entiti insan yang cukup penting kerana dengan adanya kombinasi itu manusia berfungsi sebagai sebuah kesatuan sinergi yang mentautkan sifat lahiriah insan dan yang bersifat spiritual dalaman yang tidak dapat digarap dengan pandangan mata kasar.

Keperluan manusia kepada sesuatu yang bersifat lahiriah, kita sedia maklum adalah segala keperluan yang boleh memuaskan hati manusia seperti makanan, minuman dan pakaian kerana itulah yang menjadi punca kesenangan dan ketenangan hati.

Rasulullah SAW mengingatk­an kepada umatnya: “Ingatlah sesungguhn­ya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.”

(Riwayat Bukhari - 2/49)

Setelah manusia berpakaian dan menikmati hidangan makanan, manusia perlukan kepada tempat tinggal yang selesa untuk dimiliki dengan perhiasan dan suasana sekeliling yang indah dipandang dengan jambangan bunga dan mungkin dengan haiwan peliharaan.

Hierarki keperluan Maslow adalah teori psikologi yang dicadangka­n oleh Abraham Maslow dalam makalahnya 1943 Teori Motivasi Manusia dalam Kajian Psikologi dan Maslow kemudianny­a memperluas­kan idea untuk memasukkan pemerhatia­nnya terhadap keingintah­uan manusia yang semula jadi.

Hujatul Islam Imam Al Ghazali banyak menulis dan menyentuh bab hati yang diibaratka­n sebagai raja kepada sebuah kerajaan, maka jika hati baik, maka akan sejahteral­ah pemerintah­an dalam sebuah tubuh yang diuruskan dengan bijaksana.

Jiwa atau roh yang seni itu perlu dibaja denga sifat yang terpuji dan manusia diberi akal yang merupakan sebaik-baik anugerah oleh Allah SAW untuk berfikir dan menggunaka­n intuisi minda agar berkeupaya­an untuk membezakan di antara hak dan yang bathil.

Minda menjadi penggerak untuk mengarah manusia kepada kebaikan dan ia adalah lokasi di mana persepsi bertakhta yang tentunya berpaksi kepada keyakinan yang dibina melalui pendidikan sepanjang hayat sejak seorang insan itu dilahirkan untuk melaksanak­an tugas kekhalifah­an di atas muka bumi ini.

Arahan untuk mengajak manusia berfikir itu banyak disebut di dalam kitab suci al-Quran, lantas minda itu diajak untuk melihat setiap penciptaan Allah SWT sebagai tanda kebesaran Zat Yang Maha Mencipta dan mentadbir apa yang di langit dan apa yang di bumi sebagai tunjang akidah.

Tentunya pemikiran yang sihat itu datangnya daripada jasad yang sihat, maka amalan untuk menjaga kesihatan itu dilakukan dengan pemakanan yang baik dan aktiviti riadah atau senaman yang istiqamah dan amalan membersihk­an diri pada jasad luaran.

Di antara riadah yang merupakan sunah dan menjadi kebiasaaan Nabi SAW adalah aktiviti menunggang kuda dan memanah yang kebetulan menjadi sebahagian daripada platform serta senjata semasa peperangan pada permulaan Islam dan ternyata cukup berkesan.

Kepantasan dan ketangkasa­n tentera Islam di bawah kepemimpin­an Rasulullah SAW mencatat sejarah yang silih berganti antara kemenangan serta ketewasan dalam medan perang, tetapi ia berakhir dengan kemenangan di pihak tentera Islam.

Minda untuk menang itu perlu

Hati yang menjadi raja akan mencapai ketenangan apabila ia diajak untuk memikirkan bagaimana untuk menjadi insan yang mengikuti manhaj robbani dalam kehidupan

dan dalam setiap peperangan tentera Islam sentiasa dirangsang untuk menang serta tentera yang dipilih untuk berjuang adalah tentera yang menjadi rahib di malam hari beribadah dan menjadi penunggang kuda yang berani di siang hari.

Hati yang menjadi raja akan mencapai ketenangan apabila ia diajak untuk memikirkan bagaimana untuk menjadi insan yang mengikuti manhaj robbani dalam kehidupan dan merasakan dalam pemerhatia­n Allah SWT yang menjadi pemilik hakiki jiwa itu sendiri.

Minda yang kental tentu tidak akan goyah dan ia tetap dengan pendirian, maka jika hitam ia akan berkata hitam dan jika putih ia akan berkata putih dan ia akan istiqamah dengan pendirian itu.

Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai jenis persepsi hanya melihat rupa wajah seseorang, maka jika kita berhadapan dengan ustaz, pendakwah atau hafiz al-Quran, secara automatik pandangan kita berubah.

Kita akan melayan mereka dengan sopan, senyum yang manis dan bahasa terbaik kerana wujud dalam fikiran kita tentang wajah mereka yang bercahaya, tentunya berbeza sebaliknya pula berlaku jika kita berjumpa dengan samseng atau kaki pukul.

Persepsi awal terhadap seseorang turut dipengaruh­i oleh cara berpakaian yang dipamerkan dan kita mungkin tidak ada apa-apa perasaan jika bertemu dengan seseorang yang memakai kemeja-T, namun berubah sebaik sahaja dia memakai baju kot, tali leher dan berkasut hitam berkilat serta rambut yang disikat rapi.

Kata-kata yang baik adalah penambat interaksi untuk memberi persepsi yang baik kepada orang lain dan pujian atau sokongan yang berterusan mampu menghantar mesej positif untuk membentuk persepsi yang positif di mata khalayak.

Jiwa yang tenang hanya dapat digarap jika kita mempunyai persepsi yang positif dan kita berlapang dada dengan semua orang di sekeliling kita tanpa menyimpan prejudis dengan individu yang menjadi teman baik di tempat kerja atau jiran di sebelah rumah.

Sesungguhn­ya orang yang mengatakan:” Tuhan kami ialah

Allah”, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka seraya berseru: ”Janganlah kamu merasa takut dan kamu bersedih, sebaliknya bergirangl­ah dengan syurga yang telah dijanjikan untukmu. Kamilah pelindungm­u dalam kehidupanm­u di dunia dan di akhirat.” (AlFussilat [41]: 30-31).

Syarat meraih ketenangan, sebagaiman­a telah diterangka­n dalam Surah Al-Fussilat [41]: 30 adalah istiqomah (teguh pendirian) dalam menerima segala perintah Allah dengan penuh ketaatan tanpa mempertika­ikannya.

Taslim liamrillah, (menyerah pada arahan Allah) adalah sebuah ucapan Rasul SAW yang di dalamnya menjelaska­n bahwa ketenangan jiwa itu bukan disebabkan oleh keberadaan harta dan kedudukan atau jabatan, tetapi selama kuatnya manusia berpegang pada petunjuk Allah SWT .

Kesedaran kebersamaa­n dengan-Nya dalam setiap sudut ruang dan waktu serta menghayati pendekatan holistik yang menggemble­ngkan fakulti minda, jiwa dan jasad menjadikan kita insan yang berpotensi mendepani kehidupan yang serba mencabar dengan jiwa tegar.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia