Harian Metro

Minat subjek Sains lepas sertai kem

-

Kuantan: “Selepas menyertai

minat terhadap sains dan teknologi kini semakin bertambah, keyakinan mencatat kejayaan dalam mata pelajaran itu juga menebal.

“Saya akan berusaha sedaya upaya berjaya dalam bidang itu dengan bantuan guru bermula sesi persekolah­an tahun depan,” kata Muhammad Danish Aiman Muzaqier Abd Aziz, 11.

Murid Sekolah Kebangsaan Chini 1, Pekan itu berkata mata pelajaran sains tidak terlalu susah jika individu terbabit memahami dan mengetahui formulanya.

Katanya, sebagai contoh untuk menghasilk­an minyak wangi, formula utama digunakan adalah dengan mencampurk­an dua hingga tiga bahan utama selepas itu pelbagai jenama produk dapat dihasilkan.

“Saya seronok dan berpuas hati dapat menyertai kem ini yang memberi peluang kepada peserta menyertai pelbagai aktiviti

pendidikan dan kajian menghasilk­an pelbagai produk.

“Saya berharap dapat menyertai program sama pada masa akan datang bagi menambahka­n semangat untuk berjaya dalam mata pelajaran ini terutama di peringkat sekolah menengah,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Dia antara 32 murid sekolah berkenaan menyertai kem itu yang dianjurkan Infinite Outreach Sdn Bhd dengan kerjasama Koperasi Peneroka FELDA Chini 1 Berhad dan Perbadanan Perpustaka­an Awam Kuantan selama tiga hari di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang, di sini, berakhir kelmarin.

Bagi Nurul Syaza Syazwani Faizal, 11, peluang berada di makmal UMP bagi melakukan penyelidik­an menambahka­n lagi semangat untuk mencatat kejayaan dalam pelajaran seperti yang diharapkan.

“Saya juga belajar bidang astronomi, kejurutera­an, sains material dan solar, banyak pengalaman dikumpul sepanjang program yang akan dikongsi dengan rakan di sekolah,” katanya.

Melaka

 ??  ?? PESERTA mempelajar­i kajian dalam makmal dalam program Kem Science Hero anjuran Infinite Outreach Sdn Bhd di UMP kampus Gambang.
PESERTA diberi pendedahan mengenai sistem solar.
PESERTA mempelajar­i kajian dalam makmal dalam program Kem Science Hero anjuran Infinite Outreach Sdn Bhd di UMP kampus Gambang. PESERTA diberi pendedahan mengenai sistem solar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia