Harian Metro

‘BARU SEBULAN HANTAR BAPA’

- Mohd Azam Shah, Kalidevi Mogan Kumarappa, Nabihah Kamal dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

 Empat warga emas, seorang penjaga pusat orang tua maut banglo mewah terbakar

Kajang

“Baru sebulan saya menghantar bapa ke pusat jagaan ini dalam keadaan koma,” kata Leow, 40-an, iaitu anak seorang daripada lima mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah banglo yang dijadikan pusat jagaan orang tua di Sungai Long di sini, awal pagi semalam.

Ayahnya, Leow Chong Fatt, 60, ditemui meninggal dunia di dalam bilik akibat kebakaran pusat itu kira-kira jam 5 pagi.

Mangsa lain ialah Kwan Sak Seen, 60, (lelaki), Teo

Hoi Foo, 60, (wanita) dan Lai Sew Ying, 70 (wanita) manakala seorang lagi pekerja pusat jagaan warga Pakistan, Awis Muhammad, 25, (lelaki).

Seorang mangsa lelaki yang terselamat, Lim Chin Fatt, 70, dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan manakala tiga lagi pekerja berusia antara 25 dan 38 tahun tidak cedera.

Ketika kejadian, terdapat sembilan orang di dalam banglo berkenaan termasuk lima warga emas dan empat penjaga. Semua warga emas berkenaan dalam keadaan terlantar.

Menurut Leow, dia menerima panggilan daripada pekerja pusat jagaan itu yang

memaklumka­n kejadian kira-kira jam 8 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, dia menghantar ayahnya di pusat jagaan terbabit dengan bayaran RM3,000 sebulan untuk dijaga kerana terletak berhampira­n kediamanny­a.

“Sudah sebulan ayah ditempatka­n di pusat jagaan itu selepas dia koma akibat sakit.

“Sebaik menerima panggilan itu, saya terkejut sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan dimaklumka­n ayah saya yang terperangk­ap di dalam pusat jagaan itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Shahrul yang juga penghuni di kawasan kejiranan terbabit berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke surau untuk solat Subuh.

“Pada jam 5.30 pagi, saya lalu di hadapan rumah ini dan ternampak asap, namun menyangkak­an ia hanya kecil saja sebelum meneruskan perjalanan ke surau berhampira­n.

“Namun selepas balik dari surau, saya terkejut melihat banyak jentera bomba di hadapan kawasan rumah itu dan api pula sedang marak,” katanya.

Seorang wanita iaitu jiran di kawasan kejiranan terbabit berkata, dia menyedari kebakaran itu apabila pengawal keselamata­n yang bertugas di kawasan perumahan berkenaan menekan loceng kediamanny­a.

“Pengawal itu meminta saya menelefon bomba untuk memaklumka­n kejadian berkenaan kira-kira jam 5 pagi.

“Mereka yang selamat keluar pun hanya menjerit meminta tolong dan tidak ramai orang yang ada di lokasi untuk membantu mungkin kerana kejadian berlaku pada awal pagi.

“Ketika itu, saya pun tak dapat nak bantu kerana api sudah marak dan hanya beberapa penghuni saja yang berjaya keluar dari rumah berkenaan,” katanya.

 ??  ?? BANGLO mewah di Sungai Long yang dijadikan pusat jagaan orang tua. ANGGOTA forensik bomba menyiasat di tempat kejadian, semalam.
BANGLO mewah di Sungai Long yang dijadikan pusat jagaan orang tua. ANGGOTA forensik bomba menyiasat di tempat kejadian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia