Harian Metro

‘Jujur kalau tak minum’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

“Kalau tidak minum, baik jujur saja. Saya okay dan tak marah pun,” kata usahawan terkenal,

Datuk Seri Vida kepada semua peserta program

Gegar Vaganza 4 (GV4).

Vida atau Hasmiza Othman, 46, berkata, kata-kata itu bukan berniat menyindir penyanyi Elyana seperti didakwa banyak pihak.

“Apa yang saya katakan pada konsert baru-baru ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Mungkin orang salah faham.

“Saya hanya mahu mereka cakap jujur saja iaitu minum atau tak. Kalau semua positif, nanti orang kata saya rancang dengan menyuruh orang kata minum.

“Dalam perkara ini, saya okay saja. Kalau tak minum, cakap saja. Lagi pula ada ramai lagi yang minum produk ini.

 Vida nafi sindir Elyana, tidak pernah arah cakap pasal produk

Saya tak nak disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Elyana melalui siaran langsung Instagram miliknya dua minggu lalu mendedahka­n tidak menggunaka­n produk kesihatan keluaran Vida.

Katanya, pengakuann­ya mengamalka­n produk itu hanyalah untuk menjaga hati Vida selaku penaja.

Pada masa sama, Vida yang juga penyanyi lagu menafikan cuba mengambil kesempatan atas masalah kesihatan Elyana.

“Saya tak pernah suruh dia cakap pasal produk saya.

Dalam erti kata lain seolah-olah saya pergunakan­nya. Saya jenis yang cakap kepada semua orang pasal produk saya.

“Disebabkan itu, apabila Elyana jujur mengaku tidak mengamalka­n produk saya, saya tak balas atau komen apa-apa. Sebab kalau saya bercakap nanti orang ingat saya nak hentam dia. Saya faham situasi dilaluinya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia