Harian Metro

Fahrin terkedu Fattah Amin ‘lesap’

-

Kuala Lumpur: Pelakon Fahrin Ahmad kelihatan terpinga-pinga di pentas program MeleTop apabila Fattah Amin yang sepatutnya berada bersamanya mempromosi­kan drama kelmarin tidak muncul.

Fahrin, 38, berkata, dia dan Fattah bersedia di belakang pentas selepas mendengar penerangan ringkas daripada produksi.

“Sebelum itu, saya dan Fattah muncul pada program HLive! Malah, dari siang lagi pihak MeleTop mempromosi­kan kami.

“Seperti yang semua maklum berdasarka­n gambar dimuat naik, kami sudah bersedia di studio dan lengkap dengan mikrofon.

“Namun, apabila saya berada atas pentas, saya perasan

Fattah tiada. Saya terpinga-pinga ditambah pula keadaan jadi kelam-kabut kerana ada perubahan pada saat akhir,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fahrin, apa yang berlaku membuatnya terfikir sama ada wujud masalah komunikasi atau ada pihak kurang jelas dengan arahan diberikan.

“Saya jenis malas nak ambil tahu atau campur tangan. Apa yang berlaku adalah masalah peribadi mereka dan saya tak perlu tahu pun.

“Selepas selesai segmen

saya juga tidak bertanya lanjut kepada Nabil atau Neelofa apa yang berlaku,” katanya. Terdahulu, kecoh apabila pelakon utama drama My Coffee Prince, Fattah dikatakan enggan muncul dalam program MeleTop yang dihoskan bekas kekasihnya, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad.

 ??  ?? FAHRIN
FAHRIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia