Harian Metro

RISAU DISAPA AJAL

- Mohamad Fahd Rahmat dan Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Kluang

Zinnirah Abdul Hamid, 28, yang terbunuh bersama empat ahli keluargany­a dalam kemalangan di Kilometer 176, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampira­n persimpang­an Melayu Raya, Segamat, kelmarin, pernah meluahkan kebimbanga­nnya mengenai ajal dalam Facebookny­a, 12 hari lalu.

Dalam catatan

Facebookny­a itu pada 30 November lalu, Zinnirah melahirkan kebimbanga­n apabila melihat anak-anaknya semakin membesar sedangkan dirinya pula semakin meningkat usia.

Melalui akaun yang menggunaka­n nama Zinn Erah, arwah turut meluahkan ketakutann­ya andai tidak sempat mendidik anak-anaknya menjadi manusia berguna pada agama dan masyarakat.

Manakala, dalam catatan lain yang dimuat naik pada 4 November lalu iaitu sempena tarikh lahirnya yang ke-28, arwah turut berdoa semoga dipanjangk­an usia serta dikurniaka­n kesihatan yang baik selain mahu keempat-empat anaknya berjaya di dunia dan akhirat, sekali gus mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.

Dalam kemalangan jam 6 petang kelmarin, Zinnirah terbunuh bersama suaminya, Muhamad Abu Dujanah Dzulkrinai­n, 30, serta tiga anak mereka iaitu anak sulung, Nur Maghfirah, 6; anak kedua, Muhammad Abu Ajwad, 4, serta anak bongsu berusia tiga bulan, Nur Alia Humairah.

Zinnirah, Muhamad Abu Dujanah serta Muhammad Abu Ajwad meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nur Maghfirah dan Nur Alia Humairah meninggal dunia di Hospital Segamat.

Anak ketiga pasangan berkenaan, Nur Ghaziyah Athirah, 3, yang masih kritikal sudah dipindahka­n dari Hospital Segamat ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superinten­dan Raub Selamat berkata, siasatan pihaknya mendapati ketika kejadian, permukaan jalan basah akibat hujan lebat selain kawasan kemalangan juga berselekoh dan menuruni bukit.

Beliau berkata, Perodua Viva dinaiki keluarga berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan bas ekspres berkenaan berhampira­n persimpang­an Kampung Melayu Raya, Segamat.

Dalam pada itu, adik perempuan Muhamad Abu Dujanah, Shuwaizatu­l Aslamiyah, 25, berkata, abangnya yang juga anak kedua daripada 11 beradik seorang yang mesra dengan adik-beradik.

“Sebelum kejadian itu, seorang daripada adik-beradik perasan yang arwah angah ada berkata yang kami pasti akan merinduiny­a apabila dia sudah tiada satu hari nanti ketika kami bertemu di Kuala Lumpur sempena hari keluarga, beberapa hari lalu.

“Ketika dalam perjalanan pulang, kami berkonvoi dengan tiga kenderaan dan saya perasan angah sering berhenti dan tidur sebentar kerana keletihan di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS dekat Seremban, Negeri Sembilan dan Ayer Keroh, Melaka.

“Angah dan keluargany­a kemudian berpecah menuju ke rumah mentuanya di Muadzam Shah, Pahang dan singgah bermalam sehari sebelum pulang ke Kluang pada hari kejadian untuk bekerja,” katanya yang memberitah­u arwah bekerja sebagai penghantar di syarikat makanan sejuk beku.

Jenazah lima beranak itu selamat dikebumika­n dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan, Kluang selepas solat Zuhur, semalam.

 ??  ?? JENAZAH lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan, Kluang. GAMBAR kenangan Zinn
bersama Nur Ghazi
JENAZAH lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan, Kluang. GAMBAR kenangan Zinn bersama Nur Ghazi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia