Harian Metro

Dua pegawai JIM ditahan seludup migran

-

Kuala Lumpur: Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan manakala 17 yang lain direkodkan kenyataan selepas pendedahan dilakukan Skuad Khas Harian Metro melalui intipan dan risikan selama tujuh bulan mengenai kegiatan penyeludup­an migran Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut sumber, dua pegawai bergred KP19 yang juga petugas kaunter JIM di KLIA itu ditahan Jabatan Integriti JIM.

“Tindakan khas menahan dan menyiasat pegawai Imigresen itu dilakukan bermula malam kelmarin sehingga awal pagi semalam selepas Harian Metro mendedahka­n kegiatan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dua pegawai Imigresen ditahan ketika bertugas adalah dari Group D KLIA manakala 17 pegawai lain yang juga petugas kaunter dirakam kenyataan.

“Ada juga yang kami serbu ke rumah sebelum dibawa ke Pejabat JIM di Putrajaya bagi disiasat. Mereka kemudian dibebaskan selepas kenyataan dirakam,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali mendedahka­n, pihaknya sudah menahan pegawainya yang bersekongk­ol dengan sindiket penyeludup­an warga Bangladesh itu.

Mustafar yang enggan mendedahka­n jumlah pegawainya yang ditahan berkata, sekiranya terbukti mereka terbabit dalam sebarang pelanggara­n integriti, tindakan tegas dikenakan termasuk buang kerja bergantung kepada sejauh mana pembabitan mereka dalam perkara itu.

Menurut Mustafar, JIM akan mengambil tindakan dalaman namun pihaknya tidak mahu mendedahka­nnya secara spesifik kepada umum.

Terdahulu, empat sindiket besar didalangi warga Bangladesh didapati menguasai kegiatan penyeludup­an warga negara mereka ke Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia