Harian Metro

Demi nyawa Fahim

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

 Budak tahun enam hanyut dibawa arus selepas selamat adik

“Kira-kira jam 2 petang, anak saya masih di rumah sebelum memberitah­u ibunya mahu pergi ke rumah neneknya yang terletak bersebelah­an rumah kami.

“Bagaimanap­un, pada jam 3.30 petang, seorang daripada rakan mereka datang ke rumah dan memberitah­u anak kami terjatuh ke dalam sungai. Ketika itu, saya terkejut kerana tidak sangka dia pergi ke sungai berkenaan.

“Saya kemudian bergegas ke lokasi dan terkejut apabila memang benar anak kami tidak berada di situ sebelum terus pergi ke Balai Polis Plentong memaklumka­n kejadian itu,” katanya ketika ditemui di lokasi tempat anaknya dilaporkan terjatuh, semalam.

Katanya, anaknya memang sering ke kawasan itu bermain air dengan rakan-rakan satu taman termasuk adiknya kerana mereka sangat rapat.

Namun, menurutnya, enam kanak-kanak dan remaja perempuan serta lelaki berusia antara sembilan hingga 15 tahun termasuk dua anaknya itu dipercayai bermain di kawasan lebih tinggi pada hari kejadian.

“Saya difahamkan mereka cuba meniti benteng air di kawasan berkenaan untuk menyeberan­g sungai sebelum Muhammad Fahim yang juga anak keempat daripada lima beradik terjatuh ke dalam sungai terlebih dulu apabila datang kepala air secara tiba-tiba.

“Adiknya terjatuh tetapi sempat berpaut pada besi sebelum Muhammad Fareezuan cuba menyelamat­kan adiknya namun apabila rakan hendak menyelamat­kan dia, kaki rakannya itu seperti tersangkut sebelum anak saya terus dihanyutka­n.

“Jarak rumah kami dengan lokasi kejadian hanya 300 meter,” katanya.

Anuar berkata, dia dan isteri, Juliana Ismail, 40, berharap anaknya dapat ditemui dengan selamat namun tetap reda jika sudah ajalnya.

Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya Syed Nasir Syed Abu Bakar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan semalam bermula jam 8 pagi.

 ??  ?? ANUAR menunjukka­n lokasi anaknya terjatuh di Sungai Plentong.
ANUAR menunjukka­n lokasi anaknya terjatuh di Sungai Plentong.
 ??  ?? MUHAMMAD Fareezuan
MUHAMMAD Fareezuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia