Harian Metro

Tak mengaku ‘bikin’ drama

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Seorang juruteknik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap pertuduhan menipu isterinya dengan merancang penculikan diri sendiri, Oktober lalu.

Tertuduh Hilman Ismail, 34, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang berkhidmat di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) didakwa menipu isterinya Siti Nur Sahara Saari, 30, dengan memperdaya­nya untuk mempercaya­i bahawa dia diculik sehingga mendorong mangsa membuat laporan polis.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Cepor, Binjai di sini, pada jam 2.40 pagi 16 Oktober lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin dan tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tertuduh memohon dikenakan jaminan rendah kerana memberi kerjasama baik sepanjang siasatan polis.

Kamarul Hasyime membenarka­n tertuduh diikat jamin

 Lelaki perdaya isteri dia diculik empat individu didakwa

RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, tertuduh berkahwin dengan isterinya beberapa bulan lalu, tetapi menghadapi masalah rumah tangga namun tidak tergamak bercerai dengan wanita itu.

Masalah itu menyebabka­n lelaki itu merancang drama penculikan dengan mendakwa dia diculik empat lelaki pada 16 Oktober lalu di hadapan isterinya.

 ??  ?? HILMAN dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam untuk dikenakan pertuduhan.
HILMAN dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam untuk dikenakan pertuduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia