Harian Metro

Kau tak waras

- Wan Asrudi Wan Hasan wanasr@hmetro.com.my

 Pemandu lori bebas tuduhan membunuh ibu

Seorang pemandu lori dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam atas tuduhan membunuh ibunya pada September tahun lalu kerana didapati tidak waras ketika melakukan perbuatan berkenaan.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Anselm Charles Fernandis membuat keputusan terhadap Chan Chee Keong, 56, yang dibebaskan daripada hukuman tali gantung selepas menilai keterangan yang diberikan saksi kes berkenaan.

Bagaimanap­un, Anselm Charles memerintah­kan Chan ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, di sini, mengikut Seksyen 348, Kanun Tatacara Jenayah mengikut budi bicara Sultan Perak sehingga tempoh yang diperkenan­kan baginda.

Menurut Anselm, walaupun tertuduh melakukan perbuatan membunuh berdasarka­n keterangan lisan dan dokumentas­i, dia bagaimanap­un tidak mengetahui perbuatan yang dilakukan adalah satu kesalahan atau bertentang­an dengan undang-undang dan dibebaskan mengikut Seksyen 347, Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah berpuas hati dengan keterangan diberikan pakar psikiatri, Dr Ian Llyod dari Hospital Bahagia Ulu Kinta dalam perbicaraa­n membabitka­n kes itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Low Kew@Low Lin Kiew, 74, di kediaman mereka di No. B-23, Kampung Baru Cina, Air Kuning dalam daerah Batang Padang, Tapah pada 27 September 2016, jam 6.45 petang.

Jika disabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori. Pertuduhan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling dan Fatin Farahiah Nadzri, manakala pembelaan dijalankan oleh Datuk Naran Singh, Farhan Fadzil serta J Matthews.

 ??  ?? CHAN terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi mendapati dia tidak waras ketika melakukan perbuatan berkenaan.
CHAN terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi mendapati dia tidak waras ketika melakukan perbuatan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia