Harian Metro

Diserbu dalam mamai

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Tidur sekumpulan tukang urut wanita warga asing di rumah sewa terganggu apabila ‘dikunjungi’ penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor yang menyerbu kediaman itu di Petaling Jaya tengah malam kelmarin.

Ketika serbuan jam 12.30 tengah malam, kebanyakan penghuni rumah tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran penguat kuasa.

Rumah berkenaan dijadikan asrama bagi pekerja premis urut yang sebelum itu diserbu penguat kuasa.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Omran Omar berkata, pihaknya menahan tujuh wanita warga asing di rumah berkenaan susulan penahanan dua wanita yang juga tukang urut di premis berhampira­n sebelum itu. Beliau berkata, rumah sewa itu antara lapan premis yang diserbu pihaknya dalam Op Gegar di Setia Alam, Subang Jaya dan Petaling Jaya.

Katanya, dalam operasi mulai jam lapan malam kelmarin dan berakhir jam 2.30 pagi semalam, 31 individu termasuk seorang lelaki warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 30 wanita iaitu lima warga Indonesia, Thailand (11), Vietnam (11), Kemboja (dua) dan masing-masing satu wanita dan lelaki warga China.

“Mereka berusia antara 18 hingga 46 tahun,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika serbuan, tiga daripada premis didapati kosong dipercayai ditinggalk­an sebelum kehadiran pegawai operasi.

Selain itu katanya, 10 lelaki warga tempatan yang juga pelanggan dan penjaga kaunter premis ditahan dan dibawa ke pejabat bahagian penguat kuasa Imigresen untuk diambil keterangan.

Omran berkata, 21 warga asing itu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana tiada pas sah dan 10 lagi mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor di Shah Alam untuk siasatan lanjut.

 30 tukang urut wanita ditahan di rumah sewa

 ??  ?? WARGA asing yang ditahan dalam Ops Gegar yang berakhir awal pagi semalam.
PENGUAT Kuasa memeriksa dokumen warga asing yang ditahan. TUKANG urut yang ditahan dibawa ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
WARGA asing yang ditahan dalam Ops Gegar yang berakhir awal pagi semalam. PENGUAT Kuasa memeriksa dokumen warga asing yang ditahan. TUKANG urut yang ditahan dibawa ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia