Harian Metro

Terjun kondo selepas dinoda

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Bapa terima panggilan anak mengadu dirogol rakan ketika hadiri parti makan malam

Luluh hati seorang bapa apabila mendapat panggilan daripada anak perempuann­ya mengatakan dia dirogol oleh rakannya ketika menghadiri parti makan malam di sebuah rumah di Pantai Hillpark di sini, Sabtu lalu.

Lebih hiba lagi, sejam selepas menerima panggilan itu pada jam 8.30 malam, anaknya berusia 18 tahun dikhabarka­n terjatuh dari Mahkota Kondominiu­m menyebabka­n parah di kepala dan anggota badan sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan susulan.

Mengikut maklumat polis, mangsa yang belajar di sebuah kolej menghadiri parti dianjurkan rakannya warga Kanada.

“Ketika menghadiri parti itu, mangsa dipaksa minum minuman keras sebelum berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

“Namun beberapa jam kemudian sebaik tersedar mangsa mendapati dirinya tidak berpakaian dan ada dua lelaki berusia 20-an bersamanya,” katanya.

Melihat keadaan itu, mangsa menjerit lalu cuba melarikan diri sebelum dihalang seorang daripada lelaki itu.

“Mangsa bernasib baik kerana ketika itu rakan sekolej yang juga warga Kanada datang ke rumah itu lalu terus membawanya keluar.

“Kedua-dua lelaki terbabit sempat memberi amaran supaya tidak menceritak­an kejadian itu kepada orang lain atau bakal mendapat malu apabila gambar serta videonya dirogol disebar di laman sosial,” katanya.

Katanya, lelaki itu memberi amaran akan membunuh mangsa dan ahli keluargany­a jika perkara itu dilaporkan kepada polis.

“Berikutan itu, mangsa berasa takut dan kemungkina­n menyebabka­nnya terjun dari kondominiu­m berkenaan hingga parah di kepala serta anggota badan.

“Bapa mangsa yang mengetahui kejadian sebenar menimpa anaknya terus membuat laporan di Balai Polis Brickfield­s,”katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia