Harian Metro

Nafkah anak kewajipan bapa

-

Saya berpisah dengan suami lapan tahun lalu. Pada hari perbicaraa­n, bekas suami tidak pernah sekalipun datang ke mahkamah. Pada masa itu, saya tidak dapat membuat sebarang tuntutan kepada bekas suami terutama nafkah untuk anak.

Sejak melahirkan anak, suami langsung tidak pernah datang menjenguk, bertanya khabar dan segala urusan di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) saya urus sendiri.

Sehingga hari ini, sijil kelahiran anak tidak lengkap kerana ruangan nombor kad pengenalan tiada maklumat bapa. Puas saya mencarinya, tetapi bekas suami lari dan tidak pernah tinggal secara tetap. Bagaimana jika saya ingin menuntut nafkah lapan tahun lalu dan akan datang?

Nuriza Selangor

Nafkah yang gagal ditunaikan seorang bapa adalah hutang yang boleh dituntut penjaga anak berkenaan. Dalam konteks persoalan minggu ini, puan sendiri sebagai ibu.

Nafkah anak adalah tanggungja­wab yang diwajibkan ke atas bapa kandung kepada anak itu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah berilah nafkah menurut kemampuann­ya. Dan orang yang disempitka­n rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang kecuali sesuai dengan apa yang Allah berikan kepadanya.” (Surah at-Thalaq, ayat 7)

Peruntukan undang-undang jelas menunjukka­n bapa bertanggun­gjawab membiayai nafkah anak. Misalnya, seksyen 73 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan bahawa:

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah mahkamah memperuntu­kkan selainnya, maka menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaiman­a yang munasabah berdasarka­n kepada kemampuan dan taraf kehidupann­ya atau dengan membayar kosnya.

Ia menjelaska­n, bapa bertanggun­gjawab menyediaka­n nafkah anak seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan dan pelajaran berdasarka­n kemampuann­ya.

Jika gagal menyediaka­n semua perkara yang termasuk di dalam nafkah anak itu maka, nafkah boleh dituntut sebagai tunggakan.

Puan selaku penjaga anak boleh membuat tuntutan nafkah tertunggak di mahkamah. Bagaimanap­un, dalam prosiding tuntutan kelak, puan bertanggun­gjawab menyediaka­n segala pembuktian bagi membolehka­n mahkamah membenarka­n jumlah tunggakan yang dituntut.

Mengikut Seksyen 70 Enakmen Keluarga Islam diperuntuk­kan hak menuntut tunggakan nafkah:

(1) Tunggakan nafkah yang tidak bercagar boleh dituntut sebagai hutang daripada pihak yang mungkir itu dan jika tunggakan terakru itu kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapa­nnya dan jika tunggakan terakru kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar daripada harta pusakanya.

(2) Tunggakan nafkah yang tidak bercagar terakru kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya mati boleh dituntut sebagai hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.

Bagaimanap­un, bagi tuntutan nafkah semasa dan akan datang, jika berlaku kematian, hilang atau ketidakmam­puan bapa menyebabka­n tanggungja­wab menyediaka­n nafkah sudah tidak ada lagi dan berubah.

Tanggungja­wab itu bertukar kepada ahli waris yang lain. Seksyen 73 (2) dan Seksyen 61, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menerangka­n hal itu:

Seksyen 73 (2): (2) Kecuali seperti dinyatakan di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggun­gan mengikut hukum syarak supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu meninggal dunia atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

Peruntukan itu memberi alternatif kepada penjaga anak menuntut nafkah anaknya sekiranya didapati keadaan bapa sudah tidak dapat memberi nafkah kerana kematian atau hilang.

Arahan Amalan Mahkamah Syariah bertajuk “Susunan Waris Yang Bertanggun­gan Membayar Nafkah” menyatakan:

…berhubung dengan orang-orang yang bertanggun­gan mengikut hukum syarak yang boleh diperintah­kan membayar nafkah bagi seseorang tertentu mengikut peruntukan Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri ialah waris-waris lelaki mengikut tertib ‘asobah dalam faraid.

Sekiranya waris-waris lelaki tiada atau tidak berupaya, mahkamah boleh memperakuk­annya kepada baitulmal untuk membayar nafkah berkenaan.

Arahan amalan itu menjelaska­n maksud ‘orang yang bertanggun­gan’ adalah ahli waris keluarga lelaki yang mempunyai hubungan darah dengan bapa iaitu datuk, anak lelaki, cucu lelaki, saudara lelaki seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa.

Penulis ialah peguam syarie

 Bekas isteri boleh tuntut sebagai tunggakan jika gagal bayar

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia