Harian Metro

Ambil dadah dari negara jiran

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 Penuntut tahun akhir sebuah universiti awam disyaki pengedar ditahan bersama ganja, ekstasi

Bekalan ganja seberat hampir satu kilogram (kg) yang dirampas daripada penuntut tahun akhir sebuah universiti awam di Kuala Nerus ketika serbuan di sebuah rumah di Jalan Mengabang Telipot, Padang Nenas pada Isnin lalu dipercayai diperoleh menerusi pengkalan haram di sempadan Kelantan-Thailand.

Selain merampas ganja dianggarka­n bernilai RM3,000, polis turut menyita pelbagai barangan lain termasuk sebuah kereta Proton Satria dan wang tunai berjumlah RM400 dalam serbuan terbabit.

Selain suspek utama berusia 22 tahun berasal dari Kelantan ditahan, polis turut menahan tiga rakan serumahnya berusia 21 hingga 24 tahun yang menuntut di universiti sama ketika serbuan kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, serbuan dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat awam dan risikan dilakukan mengenai aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut terhadap rumah sewa berkenaan menemui dadah jenis ganja yang masih dalam proses dipeketkan dipercayai untuk dijual kepada pelanggan serta tiga biji pil ekstasi bernilai RM30.

“Hasil siasatan, penuntut berusia 22 tahun itu mendedahka­n dia mengambil dadah dari negara jiran melalui pengkalan haram sebelum menjadikan rumah terbabit sebagai tempat pembungkus­an dan pengedaran.

“Polis juga mendapati suspek mengagihka­n dadah kepada beberapa bungkus seberat 25 gram dan 65 gram untuk dijual pada harga RM10 hingga RM50 kepada pelanggan yang dipercayai terdiri dalam kalangan penuntut dan penduduk setempat.

“Suspek turut mengaku memulakan aktiviti pengedaran dadah sejak September lalu dan memaklumka­n dia membeli dadah seberat satu kg itu dengan harga RM1,500,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini, semalam.

Menurutnya, suspek juga mengaku mempunyai antara lapan hingga 10 pelanggan tetap terdiri dalam kalangan penuntut universiti sama yang membeli bekalan dadah daripadany­a.

Katanya, pihaknya akan bekerjasam­a dengan pengurusan universiti berkenaan untuk menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengenal pasti jumlah penuntut yang terbabit dalam gejala penagihan dadah.

“Empat suspek yang turut positif ganja kini direman tujuh hari sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? IDRIS (dua dari kiri) bersama pegawai menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Kuala Terengganu, semalam.
ALAT untuk menghisap ganja yang turut dir dir amp amp as as . .
IDRIS (dua dari kiri) bersama pegawai menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang media di IPD Kuala Terengganu, semalam. ALAT untuk menghisap ganja yang turut dir dir amp amp as as . .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia