Harian Metro

Jual nama Dhia

- Isma Ismail isma@hmetro.com.my

 Pemilik gambar tular di FB dakwa ada pihak cuba raih simpati

“Itu gambar lama kami, saya tidak kenal nama kanak-kanak dan pemilik nombor akaun terbabit,” kata Shuhaila Norasmira Mohd Syukri, 27.

Dia mendakwa ada pihak cuba mengambil kesempatan mendapatka­n wang mudah apabila menularkan gambarnya dan anak perempuann­ya, Dhia Dhalieya Mohamad Nor, 3, bagi meraih simpati.

Berikutan itu, dia berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tindakan pihak tertentu yang menularkan­nya di laman sosial Facebook

(FB) bagi memohon bantuan RM73,000 untuk menampung pembedahan seorang kanak-kanak.

Menurut Shuhaila, dia menyedari status permohonan bantuan berkenaan dimuat naik sejak pagi semalam menerusi akaun FB Berita Harian Online Malaysia selepas dimaklumka­n rakannya.

“Saya terkejut mendapati ada pihak mengambil kesempatan menggunaka­n gambar kami ketika menerima rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan pada 2014.

“Individu terbabit mengambil kesempatan menggunaka­n gambar Dhia yang kini berusia tiga tahun untuk meraih simpati selepas kehilangan kaki kiri susulan kemalangan itu.

“Ia adalah satu penipuan kerana anak perempuan saya kini sihat dan memakai kaki palsu disediakan Hospital Rehabilita­si Cheras (HRC), Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menerusi status yang dimuat naik itu, tiga gambar Dhia termasuk sekeping yang menunjukka­n Shuhaila meriba anaknya digunakan.

Status itu memohon bantuan bagi menampung pembedahan Mohammad Ghaffar Azman berjumlah RM73,000 dengan disertakan nombor akaun bank didakwa milik bapa kanak-kanak berkenaan Azman Abdullah.

Pada Disember 2015, Harian Metro menyiarkan laporan mengenai perkembang­an kesihatan Dhia yang menjalani empat pembedahan termasuk membuang sebahagian usus serta kehilangan kaki kiri susulan terbabit dalam kemalangan bersama keluargany­a di Paka pada 28 Oktober 2014.

Kanak-kanak itu cedera parah selepas tercampak keluar dari kereta Perodua Kancil dinaiki bersama bapanya, Mohamad Nor Omar, 28, dan Shuhaila Norasmira yang terbabas di Jalan Perindustr­ian Kerteh.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, tiga beranak berkenaan dalam perjalanan pulang ke Taman Murni Perdana, Paka selepas ke Kemaman atas urusan peribadi.

Dhia berusia dua bulan ketika itu berada di atas riba ibunya dikatakan terlepas daripada pegangan sebelum tercampak keluar kerana masing-masing tertidur di tempat duduk penumpang depan apabila kereta terbabit terbabas.

Selain Dhia yang parah dalam kejadian itu, Shuhaila turut cedera selepas ditindih kenderaan berkenaan yang terbalik.

Berikutan kemalangan terbabit, Dhia menerima rawatan pakar selama 35 hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dirujuk dari Hospital Dungun.

Katanya, dia tidak mahu orang ramai terpedaya dengan menghulurk­an bantuan atas status ditularkan pihak tertentu yang diyakini untuk menipu kerana menggunaka­n gambar dirinya dan Dhia.

“Saya mengharapk­an penjelasan ini dapat memberi pencerahan kerana ramai rakan dan netizen bertanya mengenai status FB yang ditularkan itu. Saya juga akan berbincang dengan suami sama ada mahu membuat laporan polis mengenai status berkenaan,” katanya yang mempunyai dua lagi anak iaitu Nor Alya Balkis, 10, dan Afiq Danial, 9.

 ??  ?? KEADAAN terkini Dhia Dhalieya yang mampu berdiri dan berjalan menggunaka­n kaki palsu.
KEADAAN terkini Dhia Dhalieya yang mampu berdiri dan berjalan menggunaka­n kaki palsu.
 ??  ?? STATUS FB yang dimuat naik menggunaka­n gambar Shuhaila Norasmira dan Dhia Dhalieya yang tular dipercayai untuk tujuan
STATUS FB yang dimuat naik menggunaka­n gambar Shuhaila Norasmira dan Dhia Dhalieya yang tular dipercayai untuk tujuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia