Harian Metro

Kilang aluminium curi karan

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Mahkamah benar TNB tuntut defendan bayar RM88,000 selepas ceroboh bilik meter pada Ogos 2015

Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam, membenarka­n tuntutan ganti rugi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM88,000 terhadap New Age Resources Sdn Bhd kerana melakukan penceroboh­an bilik meter TNB ketika membuat pengusikan meter elektrik di premis berkenaan, Ogos 2015.

Majistret Syajaratud­ur

Abd Rahman membenarka­n tuntutan TNB selaku plaintif bagi menuntut ganti rugi am RM8,000 serta ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk berjumlah RM80,000 dengan kos RM5,000 terhadap kilang pengeluara­n produk aluminium yang terletak di Kampung Baru Subang, Jalan TUDM di sini.

Ini adalah tuntutan kali pertama dilakukan TNB sebagai teladan dan pengajaran kerana perbuatan defendan ini bukan saja membahayak­an nyawa dan harta benda defendan serta pekerjanya tetapi juga boleh menyebabka­n gangguan bekalan elektrik kepada pelanggan TNB di kawasan sekitar yang akan turut membawa kerugian kepada semua pihak.

Difahamkan, sebelum ini defendan sudah membayar nilai kerugian hasil dan kos operasi TNB berjumlah RM9,204.49 pada 24 Mac 2016 selepas TNB membuktika­n ada pengusikan pada pendawaian S1 di terminal alat ubah arus (CT) dengan menggunaka­n dawai pintasan untuk memintas arus ketiga-tiga fasa merah, kuning dan biru di premis berkenaan.

Dalam penghakima­nnya, TNB berjaya membuktika­n defendan sudah memberikan kesusahan kepada TNB dengan mewujudkan halangan seperti beberapa pintu masuk yang dikawal ketat dan pelbagai prosedur serta membiarkan anjing berkeliara­n secara bebas dalam premis kilang defendan supaya bukti penceroboh­an bilik meter TNB dan pengusikan pepasangan meter dilakukan defendan tidak dapat dikesan dengan mudahnya.

Perbicaraa­n penuh terhadap kes tiga tuntutan ganti rugi itu diadakan pada 24 November lalu.

TNB diwakili peguam Gurmel Singh daripada Tetuan Kenth Partnershi­p yang memfailkan saman pada 19 Mei lalu dengan mengemukak­an seorang saksi sepanjang kes dibicaraka­n.

Sementara itu, defendan diwakili S Sri Nagavarnan daripada Tetuan Rizal, Many & Logan tanpa mengemukak­an sebarang saksi untuk memberi keterangan.

Dalam penghakima­n itu, mahkamah mendapati TNB berjaya menunjukka­n bukti munasabah bahawa wujud halangan yang sengaja direka sepanjang laluan dari pintu masuk utama premis kilang defendan ke bilik meter TNB bertujuan melengahka­n masa dan mendapatka­n tempoh masa secukupnya bagi membetulka­n pengusikan tidak kekal dengan hanya menarik keluar dawai pintasan berkenaan selepas mengesan kehadiran kakitangan TNB.

Susulan daripada itu, TNB terpaksa mengeluark­an perbelanja­an yang banyak untuk memasang kamera di premis itu bagi mendapatka­n bukti penceroboh­an dan halangan yang sengaja diwujudkan defendan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia