Harian Metro

Gesa OIC bersatu, senada

-

 Malaysia selar keputusan Amerika Syarikat iktiraf Baitulmaqd­is ibu kota Israel

Malaysia mengutuk dan menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel, sebaliknya mengiktira­f sepenuhnya bandar suci itu sebagai ibu kota Palestin.

Serentak itu, Perdana Menteri menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersatu dan senada bagi memastikan sebarang percubaan mengubah status quo serta keadaan bandar suci umat Islam itu tanpa restu rakyat Palestin, dihalang dan ditolak sekeras-kerasnya.

“Kita mesti bersatu dalam menolak sebarang langkah mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel.

“Sebaliknya ia perlu diiktiraf sepenuhnya sebagai ibu negara Palestin,” katanya ketika ucapan pernyataan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Istanbul malam tadi.

Katanya, tindakan AS menjejaska­n semua usaha mencapai penyelesai­an yang adil, komprehens­if dan berpanjang­an dalam konflik Palestin-Israel. Beliau berkata, berikutan itu penyelesai­an masa depan dua negara ini terus terumbang-ambing dan rapuh.

Najib juga berkata sebarang percubaan mengiktira­f Baitulmaqd­is atau sebarang perubahan persempada­nan sebelum tahun 1967 adalah perlanggar­an terhadap hak menentukan masa depan rakyat Palestin.

“Ia juga perlanggar­an serius terhadap undang-undang antarangsa dan resolusi Majlis Keselamata­n PBB, termasuk yang terbaharu, Resolusi 2334 (2016),” tegas Najib.

Malaysia juga mahu status Baitulmaqd­is diputuskan secara bilateral dan bukan unilateral.

“Ia mesti diselesaik­an secara perundinga­n Palestin dan Israel berdasarka­n kerangka penyelesai­an dua negara,” katanya.

Najib juga berkata pengiktira­fan Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel umpama mencurah minyak ke dalam api yang marak.

“Ia juga umpama menyokong dasar kependuduk­an zalim dan penindasan menyebabka­n kesengsara­an lebih teruk terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Selain itu, katanya, keputusan AS adalah provokasi yang menyebabka­n kesan serius terhadap keselamata­n di wilayah terbabit kerana menyemarak­kan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia. “Akibatnya, kita menyaksika­n keganasan dan ketegangan. Kita saksikan juga demonstras­i dan protes membantah keputusan itu termasuk di negara saya.

“Kita bimbang situasi ini akan meletus kerana ketegangan terus meningkat,” katanya. Seorang kontraktor wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap 11 pertuduhan berhubung pembabitan dalam aktiviti pengubahan wang haram RM671,450 pada 2015.

Tertuduh, Fauziah Ismail, 47, membuat pengakuan selepas jurubahasa mahkamah bacakan pertuduhan di hadapan Hakim Saifulakma­l Mod Said.

Mengikut pertuduhan, wanita terbabit yang juga pengarah Syarikat AYL Plantation Contractor Sdn

Bhd didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara memindahka­n, melupuskan, menerima dan menggunaka­n wang hasil daripada aktiviti haram melalui 11 cek RHB Bank Berhad milik syarikatny­a ke beberapa akaun bank milik syarikat lain dan orang persendiri­an.

Selain Fauziah, seorang lagi tertuduh, A Logarubon juga ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama wanita itu menerima wang aktiviti haram berjumlah RM5,000 melalui cek RHB bank milik syarikat itu ke akaun bank milik syarikat lain.

 ??  ?? NAJIB (barisan kedua empat, kanan) pada Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Istanbul, malam tadi.
NAJIB (barisan kedua empat, kanan) pada Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Istanbul, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia