Harian Metro

Laksana SKHMP Krismas selama 5 hari

-

Putrajaya: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menguatkua­sakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas 2017 bagi 16 barangan harga terkawal bermula 23 hingga 27 Disember ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia dilaksanak­an selama lima hari iaitu dua hari sebelum perayaan, hari perayaan dan dua hari selepas perayaan.

Katanya, pelaksanaa­n skim itu mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 manakala penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit mengikut kewajaran dan kesesuaian untuk memastikan harga ditentukan berpatutan dalam rantaian pengedaran bagi manfaat pengguna dan peniaga.

“Senarai barangan itu termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, ayam belanda import, kepak ayam, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing/biri-biri import bertulang.

“Barangan lain termasuk telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato, lada benggala hijau, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak),” katanya di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, peniaga juga wajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas warna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan­nya dengan barangan lain.

“Mereka digalakkan menjual barangan itu lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh adalah lebih rendah.

“Pegawai penguat kuasa KPDNKK akan berada di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk menjalanka­n pemeriksaa­n serta pemantauan,” katanya.

Berikutan itu, Hamzah mengingatk­an peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil jika gagal mematuhi peraturan mengikut skim ini dan mereka melakukan kesalahan akan diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan (AKHAP) 2011 dan boleh dikenakan penalti.

Menurutnya, penalti boleh dikenakan kepada individu melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditentukan iaitu denda oleh mahkamah hingga RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Syarikat yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh dikenakan denda hingga RM500,000 atau kompaun hingga RM250,000,” katanya.

 ??  ?? HAMZAH
HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia