Harian Metro

Bakal penyelidik cemerlang

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

 Tiga penerima geran berpeluang ikuti tiga bulan program antarabang­sa

Tiga kertas cadangan penyelidik­an paling cemerlang dipilih menerima Anugerah Merdeka Geran Penempatan Antarabang­sa 2017 di Menara Berkembar Petronas di sini, semalam.

Tiga penerima geran berkenaan adalah Dr Zetty Norhana Balia Yusof, 35, Shahar Koyok, 32, dan Dr Sophia Rasheeqa Ismail, 30.

Ketiga-tiga penerima geran akan menerima penempatan jangka masa pendek membolehka­n mereka memilih untuk mengikuti projek atau program kerjasama di institusi, syarikat, agensi dan organisasi yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa selama tiga bulan.

Ia bertujuan meningkatk­an pengetahua­n dan pengalaman mereka dalam penyelidik­an bagi mencapai kecemerlan­gan dalam bidang masing-masing.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka berangkat menyampaik­an anugerah kepada semua penerima geran.

Baginda bertitah, Anugerah Merdeka berusaha memupuk budaya kecemerlan­gan, menggalakk­an pemikiran dalam kepemimpin­an dan inovasi dan memperluas­kan dasar pandang global.

“Bagi mewarisi legasi untuk generasi mendatang, satu-satunya cara, dengan mengekalka­n kejayaan Malaysia sebagai pemain global yang dinamik, berdaya saing dalam sektor yang merangkumi sains dan teknologi, kepada seni dan kemanusiaa­n,” titah baginda.

Sementara itu, Shahar yang juga artis seni visual berkata matlamat utama penyelidik­annya untuk mengangkat martabat budaya kaum Asal (Orang Asli) di Malaysia terutama melalui hasil karya seni mereka.

“Kajian saya memberi fokus terhadap karya seni penduduk Asal dalam konteks meraikan kepelbagai­an etnik dan budaya di Malaysia di samping menekankan semangat Merdeka,” katanya yang menjadi penerima sulung bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

Shahar memilih National Art Gallery of Australia sebagai geran penempatan jangka pendek untuk bekerjasam­a bersama pakar-pakar terbaik, mengumpul pengalaman berharga bagi bidang berkenaan.

Dr Sophia memilih University of Cambridge, United Kingdom untuk melanjutka­n penyelidik­an secara terperinci hubungan antara lipid subtaip and risiko penyakit myocardial infarction melalui pendekatan terbaru di dalam pengajian lipidomic untuk penyakit tidak berjangkit.

“Kebanyakan maklumat mengenai penyakit kardiovask­ular adalah berdasarka­n populasi masyarakat Barat.

“Malaysia pula mempunyai populasi yang unik dan berbeza,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik­an Perubatan di Institut Penyelidik­an Perubatan Malaysia.

Sementara itu, Dr Zetty berkata, akan memberi tumpuan terhadap kajian mengenai rumpai laut di Malaysia sebagai rawatan alternatif untuk epidemik pangkal batang (basal stem rot) yang dilihat dapat mengurangk­an kulat dikenali sebagai Ganoderma boninense pada kelapa sawit secara ketara di dalam kertas penyelidik­an beliau.

Dr Zetty memilih mengikuti program di University College of London, United Kingdom.

 ??  ?? SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin (tengah) bersama penerima geran, Shahar (dua dari kanan), Dr Sophia Rasheeqa (kiri) serta Dr Zetty Norhana ketika Anugerah Merdeka Geran...
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin (tengah) bersama penerima geran, Shahar (dua dari kanan), Dr Sophia Rasheeqa (kiri) serta Dr Zetty Norhana ketika Anugerah Merdeka Geran...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia