Harian Metro

MARDI biak kunyit hitam hasilkan produk kesihatan

-

Kuala Lumpur: Selepas tujuh tahun menjalanka­n kajian mengenai kunyit hitam, saintis Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Zuraida Ab Rahman mengakui tumbuhan herba itu baik untuk kesihatan.

Menurutnya, kunyit hitam tumbuh di benua Asia terutama Thailand dan Malaysia namun ia sukar membiak.

“Saya dapat kunyit hitam ini daripada seorang mak cik di negara kita juga. Ia susah membiak, jadi saya buat pengkultur­an tisu supaya lebih banyak dan baru diambil isi ubinya yang berwarna ungu gelap. Kami buat dari 2010.

“Kami mengkaji bahan aktif di dalamnya. Dan kami dapati khasiat utama ialah dari segi tenaga serta mempunyai keberkesan­an yang memang positif bagi resdung, buasir, kanser dan sakit wanita terutama bagi yang baru lepas bersalin,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau ditemui sempena pelancaran produk kunyit hitam yang disempurna­kan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Produk kunyit hitam hasil penyelidik­an MARDI itu membabitka­n jenama Black G Health Theraphy, Black G Energy Booster, Black G Coffee Premix dan Black G Pure Extract.

Zuraida berkata, setakat ini pihaknya mendapati maklum balas pengguna terhadap produk berkenaan memang memberangs­angkan.

“Yang penting ialah kandungan dalam kunyit hitam itu. Kami di MARDI jaga dari segi kualitinya.

“Selalunya orang buat kunyit hitam, hampas saja yang ada manakala bahan aktif tidak ada, sebab itu tidak mendatangk­an kesan.

“Lagi satu kepekatann­ya. Apabila kita menyebut herba, ia mesti membabitka­n dos tertentu dan kita tak boleh terlebih dos. Mengenai dos ini pun kami kaji supaya ia sesuai untuk kesan optimum,” katanya,

Sementara itu, Wilfred berkata, Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarka­n sejumlah 360 produk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) akan dikomersia­lkan melalui kementeria­n itu menjelang 2020.

Katanya, bagi tahun ini kementeria­n itu mengkomers­ialkan 133 produk R&D berbanding 130 produk pada tahun lalu.

“Tahun lalu 130 produk manakala tahun ini 133 produk. Kita mahu lebih lagi pada tahun depan. Menjelang 2020 (kita menyasarka­n) 360 produk,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n produk Tahun Pengkomers­ialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Pada majlis itu, Wilfred melancarka­n tujuh produk membabitka­n sistem pengurusan operasi komunikasi taktikal dikenali sebagai Taccoms, CamMuka (sistem forensik muka biometrik), Black Ginger, RERO (teknologi robot), Terapi.my, MyMata dan Sistem Pemantauan Persekitar­an.

 ??  ?? WILFRED (tengah) bersama Dr Abu Bakar (kiri) melancarka­n Produk Tahun Pengkomers­ialan Malaysia 2017.
WILFRED (tengah) bersama Dr Abu Bakar (kiri) melancarka­n Produk Tahun Pengkomers­ialan Malaysia 2017.
 ??  ?? DR Zuraida
DR Zuraida

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia