Harian Metro

Uber tak bimbang persaingan

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

Persaingan bukan perkara utama yang perlu dibimbangk­an sebaliknya Uber menumpukan kepada kualiti dan pengalaman.

Pengurus Besar Uber Malaysia dan Singapura Warren Tseng berkata, menerusi perkhidmat­an UberFLASH dan UberTAXI, syarikat itu kekal komited bagi memastikan pengalaman berkualiti untuk penumpang dan rakan kongsi pemandu.

“Uber Malaysia mengekalka­n piawaianny­a yang tinggi terhadap rakan kongsi pemandu dan kenderaan pada aplikasiny­a termasuk pemeriksaa­n latar belakang pemandu.

“Ciri lain yang menyumbang kepada pengalaman Uber seperti sistem penarafan dan infrastruk­tur sokongan pelanggan yang kekal tersedia,” katanya pada majlis makan malam Uber Malaysia di sini, malam kelmarin.

Uber sebelum ini melancarka­n UberFLASH dan UberTAXI untuk keperluan pengguna di sekitar Lembah Klang.

UberFLASH menghubung­kan penumpang kepada pemandu Uber yang terdekat sama ada pemandu UberX atau teksi e-hailing manakala UberTAXI adalah perkhidmat­an teksi menerusi aplikasi Uber.

Katanya, penumpang yang menempah UberFLASH membayar harga sama dengan UberX selain masa menunggu yang lebih pendek manakala harga perkhidmat­an UberTAXI kekal menurut meter yang ditetapkan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD). Sementara itu, Pengurus Besar Pengembang­an Uber Malaysia Karina Ali Noor berkata, perkhidmat­an Uber menerima banyak tempahan pada setiap hari Sabtu sebagai alternatif untuk lari daripada kesesakan jalan raya pada hujung minggu.

Pengenalan kepada aplikasi UberEATS pada September lalu menjadikan makanan kegemaran ramai, nasi lemak ayam goreng sebagai menu popular tempatan.

 Kekal piawaian tinggi terhadap rakan kongsi pemandu

 ??  ?? KARINA (kiri) menyampaik­an fakta mengenai Uber dalam majlis makan malam.
KARINA (kiri) menyampaik­an fakta mengenai Uber dalam majlis makan malam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia