Harian Metro

Pertunjuka­n fesyen capai sasaran kumpul dana

-

Pertunjuka­n

anjuran Communicat­ion Media Club (CMC), Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomput­eran (FCAVC), Universiti Selangor (Unisel) di kampus itu malam kelmarin mengumpul dana untuk disalurkan kepada badan kebajikan.

Pengarah Projek Mohamad Amirulhaki­m Othman, berkata, dana itu akan disumbangk­an kepada Rumah Anak Yatim Darul Miftah di Seksyen 24, Shah Alam dan Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Menurutnya, sumbangan dikumpulka­n melalui jualan tiket selain derma daripada individu dan syarikat korporat.

“Kami bersyukur kerana program yang dirancang sejak lima bulan lalu mencapai matlamat,” katanya.

Dalam pertunjuka­n itu, 31 pakaian berkonsepk­an Islamik kontempora­ri termasuk tudung diperagaka­n.

Pertunjuka­n fesyen itu disertai pemilik butik Shawlpubli­ka, Anggun Abaya Dubai, Zowo.co, Ayana serta mendapat kerjasama Laskar Sonas Production.

Hadir sama Timbalan Dekan FCAVC Dr Nazri Yasin serta wakil pemilik butik.

Lebih 400 tetamu membabitka­n pelajar dan masyarakat luar hadir memeriahka­n majlis.

Mohamad Amirulhaki­m berkata, pihaknya memilih konsep itu bersesuaia­n dengan kehidupan pelajar ketika ini.

“Kami pilih fesyen seperti ini kerana ia sangat sesuai dengan pelajar, jika mahu bergaya masih lagi boleh bersopan,” katanya.

 ??  ?? BARISAN kru program, pelajar dan model selepas persembaha­n Modest Fashion Show.
BARISAN kru program, pelajar dan model selepas persembaha­n Modest Fashion Show.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia