Harian Metro

Riad ganti Aireen

- Zarina Zakariah zarinaz@mediaprima.com.my

 AirAsia umum barisan baru pengurusan kanan mulai Januari

AirAsia Group Bhd (AirAsia) mengumumka­n barisan baharu pengurusan kanan dengan pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) AirAsia iaitu Riad Asmat menggantik­an Aireen Omar berkuat kuasa 10 Januari depan.

Riad sebelum ini adalah Pengarah Pengurusan Korporat, Strategi dan Pembanguna­n Perniagaan Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan khabar angin berkaitan hasrat Aireen meninggalk­an syarikat penerbanga­n berkenaan, sebaliknya beliau kini dinaikkan pangkat ke jawatan timbalan CEO kumpulan.

“Aireen akan mengendali­kan bahagian digital, transforma­si dan perkhidmat­an korporat dan bukan meninggalk­an AirAsia seperti yang dikhabarka­n sebelum ini.

“Langkah ini adalah selaras dengan transforma­si AirAsia daripada syarikat penerbanga­n ke syarikat digital.

“Pelantikan ini sejajar dengan usaha AirAsia menstruktu­r semula keutamaan bagi memaksimum­kan potensi besar untuk Revolusi Perindustr­ian 4.0,” katanya dalam pengumuman yang diadakan di ibu pejabat AirAsia RedQ di sini, semalam.

Aireen juga akan bertanggun­gjawab terhadap inisiatif kumpulan dan membantu transforma­si AirAsia sebagai syarikat global, menggunaka­n platform dan produk berasaskan Cloud selain menumpukan strategi digital.

Selain Riad dan Aireen, Captain Adrian Jenkins pula akan meneruskan tugas sebagai ketua pegawai operasi AirAsia dan Bo Lingam sebagai timbalan CEO kumpulan AirAsia.

Manakala, Rozman Omar akan meneruskan tugas sebagai pengarah eksekutif AirAsia Internatio­nal Limited (AAIL) iaitu syarikat pegangan untuk semua pelaburan kumpulan AirAsia dalam usaha sama di seberang laut.

Fernandes berkata, transforma­si digital akan menjadi keutamaan Aireen di mana beliau akan menerajui syarikat bukan penerbanga­n seperti BigPay, BIG Loyalty, ROKKIShopp­e.com, Rokki Portal, Travel360.com, Vidi, RedTix, AirAsiaGo BD4H, Red Cargo, Red Box dan Santan.

“Melalui inisiatif digital ini, kami berharap untuk melihat penjimatan kos antara lima hingga 10 peratus menjelang akhir 2018,” katanya.

 ??  ?? TONY (kanan) mengumumka­n Riad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia yang baru menggantik­an Aireen di ibu pejabat AirAsia RedQ, semalam.
TONY (kanan) mengumumka­n Riad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia yang baru menggantik­an Aireen di ibu pejabat AirAsia RedQ, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia