Harian Metro

BR1M bantu lega industri jualan runcit

-

Subang Jaya: Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), pengendali pasar raya besar terkemuka tempatan yakin inisiatif kerajaan menyalurka­n Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) banyak membantu dan melegakan industri jualan runcit serta perniagaan pasar raya.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, langkah kerajaan itu sedikit sebanyak dapat mengurangk­an kebimbanga­n terhadap penurunan jualan runcit khususnya bagi segmen perniagaan pasar raya kerana ia dibuka bagi memenuhi keperluan golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Beliau berkata, sekiranya golongan terbabit tidak mampu untuk berbelanja di pasar raya, sektor peruncitan akan berada di tahap yang sama dan tidak berkembang, sekali gus bakal mewujudkan penurunan sekali lagi dalam segmen berkenaan.

“Dari segi pemberian BR1M, sebagai contoh rakyat menerimany­a pada hari ini, dan pada keesokanny­a, jualan sudah pasti menunjukka­n peningkata­n kerana aliran perbelanja­an rakyat dan ia adalah sesuatu yang bagus buat perniagaan.

“Malah, pada masa sama kita juga berharap pada 2018 sektor peruncitan boleh meningkat dua hingga tiga peratus didorong jangkaan Pilihan Raya Umum ke-14 tahun hadapan berbanding penurunan lima peratus tahun ini,” katanya ditemui pada majlis pelancaran takaful iMeriah di sini, semalam.

Majlis berkenaan menyaksika­n Mydin bekerjasam­a dengan AmMetLife Takaful Berhad (AmMetLife Takaful) melancarka­n perlindung­an takaful, iMeriah khusus untuk pemegang Kad Meriah Mydin di seluruh negara.

Pelancaran itu disempurna­kan Ameer Ali mewakili Mydin manakala AmMetLife Takaful oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Noor Azam Mohd Yusof disaksikan Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali dan Pengarah Eksekutif Mydin, Datuk Murad Ali Mydin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia