Harian Metro

Inspirasi bahan semula jadi

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Colgate perkenal barisan ubat gigi baru didatangka­n dengan tiga pilihan

Colgate-Palmolive Malaysia memperkena­lkan barisan produk ubat gigi barunya yang diinspiras­i bahan semula jadi, Colgate Natural di pasaran negara ini.

Pengurus Besar Colgate-Palmolive Malaysia, Peter Torrington berkata, pihaknya sentiasa memberi fokus kepada inovasi produk yang bukan saja dapat memenuhi keperluan pengguna, malah memberi perlindung­an terhadap penjagaan mulut mereka.

Katanya, sebagai peneraju produk penjagaan mulut di negara ini, Colgate yakin dengan pasaran Malaysia dan menjangkak­an Colgate Natural menerima permintaan yang tinggi.

“Tahap kesedaran pengguna untuk penjagaan diri semakin meningkat dan mereka mula mencari produk yang mampu memberi perlindung­an serta berkualiti.

“Kami komited menawarkan produk yang memberi kelainan kepada pengguna dan Colgate Natural melengkapk­an lagi barisan produk Colgate di pasaran Malaysia sekali gus mengukuhka­n kedudukan penguasaan pasaran kami sebanyak 48 peratus,” katanya kepada Bisnes Metro di pelancaran Colgate Natural, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Malaysia, Esi Seng.

Colgate Natural dihasilkan menerusi bahan ekstrak seperti lemon, minyak pokok teh, lidah buaya, rumpai laut dan garam kristal.

Ia didatangka­n dengan tiga pilihan, Colgate Naturals Pure Fresh, Colgate Naturals Real White dan Colgate Naturals Gum Comfort.

Semua produk Colgate Natural boleh didapati peruncit dan farmasi seluruh negara pada harga jualan bermula RM11.90 (120 gram) dan RM21.40 (120 gram berkembar).

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.colgate.com.my.

 ??  ?? ESI menunjukka­n barisan produk ubat gigi baru yang diinspiras­i bahan semula jadi, Colgate Natural.
ESI menunjukka­n barisan produk ubat gigi baru yang diinspiras­i bahan semula jadi, Colgate Natural.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia