Harian Metro

MR DIY tawar hadiah lebih RM60,000

-

Kuala Lumpur: Kedai alat perkakasan MR DIY menganjurk­an peraduan

yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM60,000.

Peraduan ini bermula pada 24 November dan berakhir pada 31 Disember 2017.

Dengan pembelian barangan yang bernilai RM5 dan ke atas di mana-mana cawangan MR DIY, pelanggan layak untuk menyertai peraduan ini di mana 10 hadiah utama ditawarkan iaitu iPhone X 256GB dan 20 hadiah saguhati iaitu baucar MR DIY yang bernilai RM100 bagi setiap pemenang.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu membeli apa-apa barangan terpilih di mana-mana cawangan MR DIY dan perlu mengambil gambar dengan barang yang dibeli bersama logo MR DIY di pintu masuk hadapan kedai MR DIY.

Kemudian, peserta perlu memuatnaik gambar di ruangan komen utama Facebook peraduan

dan perlu tag 10 rakan-rakan bersama

dengan komen

Selain itu, pemenang peraduan ini akan dipilih berdasarka­n kemahiran, inovasi dan kreativiti yang mana dipilih panel yang ditetapkan MR DIY pada merit setiap peraduan.

Pemenang yang terpilih akan dihubungi pihak MR DIY melalui mesej Facebook dan sekiranya pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi selepas enam hari waktu bekerja, pemenang itu akan hilang kelayakan untuk memenangi peraduan ini.

Peraduan ini bertujuan untuk mempromosi­kan pelbagai barangan di cawangan MR DIY kepada semua lapisan masyarakat seterusnya untuk menghargai pelanggan sedia ada yang sering membeli pelbagai barangan di MR DIY.

Pada Disember 2017, ia adalah bulan yang cemerlang bagi MR.DIY apabila ada penambahan cawangan dan bakal menjadikan jumlah keseluruha­n cawangan di seluruh Asia Pasifik sebanyak 400 berbanding 360 cawangan pada tiga bulan lalu.

Setiap premis menempatka­n 20,000 jenis barangan yang terdiri daripada sembilan kategori jabatan iaitu barang permainan, isi rumah, alat perkakasan, elektrik, aksesori kereta, alat tulis, hadiah, sukan serta barang kemas dan alat kosmetik.

 ??  ?? MR DIY menganjurk­an peraduan MR DIY Buy, Snap & Win iPhone X yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM60,000.
MR DIY menganjurk­an peraduan MR DIY Buy, Snap & Win iPhone X yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM60,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia