Harian Metro

SUKMA HILANG SERI?

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

 Sepak takraw, taekwondo, angkat berat tidak disenaraik­an di SUKMA 2018 selepas digugurkan daripada sukan teras

Sukan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo yang digugurkan daripada sukan teras tidak boleh dipertandi­ngkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 biarpun tuan rumah mempunyai pilihan menyenarai­kannya dalam 10 sukan pilihan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, keputusan Lembaga Pengurus MSN menggugurk­an tiga sukan terbabit berkuat kuasa di SUKMA 2018 sudah dipersetuj­ui Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA.

“Keputusan yang diputuskan Lembaga Pengurus MSN itu turut merangkumi Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA. Jadi, ketiga-tiga acara itu sah tidak disenaraik­an di SUKMA 2018,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada SUKMA 2018, sebanyak 26 jenis sukan yang terdiri daripada 16 sukan wajib yang juga sukan teras (dahulunya 19 sukan) sementara 10 lagi adalah sukan pilihan tuan rumah yang akan merangkumi keseluruha­n 369 acara.

Sukan wajib yang dipertandi­ngkan adalah akuatik, badminton, berbasikal, bola sepak dan futsal, gimnastik artistik dan gimrama, hoki, karate, boling padang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, pencak silat, skuasy, bowling serta wushu.

Sukan pilihan pula adalah bola baling, bola jaring, bola keranjang, golf, judo, kriket, petanque, ragbi, muay dan tinju.

Sejak 2008, angkat berat, sepak takraw dan taekwondo disenaraik­an dalam program sukan teras MSN dan sejak itu sukan terbabit tidak pernah ketinggala­n daripada dipertandi­ngkan di SUKMA.

Sementara itu, dalam kenyataan media yang dikeluarka­n malam tadi, Shapawi berkata MSN dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan persatuan sukan kebangsaan akan menganjurk­an kejohanan remaja kebangsaan bagi sukan tenis dan lawan pedang pada tarikh yang sama SUKMA Perak berlangsun­g dari 12 hingga 22 September.

“Pemilihan dua jenis sukan ini berdasarka­n kepada kecenderun­gan negeri-negeri terhadap sukan tersebut yang bukannya sukan pilihan SUKMA 2018 dan memastikan pembanguna­n yang sedia ada tidak terjejas walaupun tidak dipilih sebagai acara dalam SUKMA 2018,” katanya.

 ??  ?? SEPAK takraw antara sukan yang digugurkan daripada sukan teras MSN.
SEPAK takraw antara sukan yang digugurkan daripada sukan teras MSN.
 ??  ?? ANGKAT berat
ANGKAT berat
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia