Harian Metro

Hakimi ‘melompat’ di Birmingham

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail akan mewakili negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 di Birmingham, England pada 1 hingga 4 Mac ini.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM, Datuk Karim Ibrahim mengesahka­n perkembang­an itu ketika ditemui pada sidang media di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Karim yang juga Ahli Majlis Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF) berkata keputusan menghantar Muhammad Hakimi dibuat selepas pelari pecut, Khairul Hafiz Jantan memilih menyertai pra Sukan Asia, Jakarta pada Februari.

Had kelayakan ditetapkan IAAF untuk layak automatik ke kejohanan itu bagi acara lompat kijang adalah 17.05m.

Bagaimanap­un, Karim berkata penyertaan Muhammad Hakimi melalui tiket wildcard itu akan terbatal sekiranya terdapat atlet Malaysia yang layak secara merit ke kejohanan itu sebelum tarikh tutup yang dijadual pada 19

Februari ini.

“Untuk masa ini, Hakimi akan bertanding melalui tiket wildcard. Namun jika ada atlet yang layak secara merit, dia (Hakimi) akan digugurkan,” katanya.

Hakimi sebelum ini memecahkan rekod Sukan SEA dan kebangsaan dengan catatan 16.77 meter untuk memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu selain turut disenaraik­an dalam Program Podium.

Dalam pada itu, Karim menjelaska­n ketiadaan Khairul Hafiz sedikit memberi kesan kerana acara pecut seharusnya bermula dari peringkat awal secara berperingk­at termasukla­h larian 60 meter (m) di dalam dewan.

Namun, katanya, penyertaan Khairul ke pra Sukan Asia adalah sesuatu yang bagus dan dia tidak ingin mengganggu tumpuan pelari itu.

“Pada peringkat awal jurulatih beliau memaklumka­n ingin menghantar Khairul Hafiz mengambil bahagian pada Kejohanan Dalam Dewan namun sehingga 1 Disember (tarikh tutup pendaftara­n), dia tidak memberikan kata putus.

“Tapi kita sudah memaklumka­n kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Karim berkata, pihaknya menyenarai­kan beberapa atlet negara menyertai Kejohanan Olahraga Asia Dalam Dewan 2018 di Tehran, Iran bermula 1 Februari.

 ??  ?? HAKIMI raih tiket wildcard ke Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 di Birmingham.
HAKIMI raih tiket wildcard ke Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 di Birmingham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia