Harian Metro

‘Ada lah sebabnya...’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Khairy arah Shapawi perjelas isu kepada tiga persatuan sukan

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa tiga sukan - angkat berat, taekwondo dan sepak takraw digugurkan daripada sukan teras.

Malah, beliau tidak mahu melayan sebarang rayuan ketika ini dan menyerahka­n kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyelesai­kan perkara berbangkit.

Katanya, Shapawi akan bertemu dengan ketiga-tiga persatuan sukan berkenaan bagi menjelaska­n sebab mereka digugurkan.

“Saya serahkan kepada Shapawi untuk adakan perbincang­an.

“Saya tak nak mendahului apa saja sebarang rayuan yang mungkin akan saya terima. Cuma langkah pertama diambil apabila Shapawi pulang dari Jakarta adalah berjumpa dengan ketiga-tiga persatuan itu untuk menjelaska­n sepenuhnya apakah sebab mereka digugurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefaham­an antara Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dengan industri, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Kelantan serta perasmian Kick-Off Kafe Autisme @ KBS.

Keputusan menggugurk­an tiga sukan itu diputuskan oleh Lembaga Pengurus MSN, kelmarin selepas kajian mendalam dibuat sejak enam bulan lalu dan ia pertama kali dilakukan sejak tahun 2007.

“Saya ada baca kenyataan persatuan terbabit yang mengatakan keputusan yang dibuat tidak mencermink­an pandangan, prestasi mereka tapi kami ada alasan dan Shapawi akan jelaskan apakah sebab-sebabnya,” katanya.

Program Sukan Teras bermula pada 2005 dengan tujuan menambah penyertaan atlet dalam lapan sukan yang disenaraik­an ketika itu olahraga, akuatik - renang dan terjun, boling, bola sepak, badminton, hoki, skuasy dan gimnastik.

Namun, tiga tahun kemudian, MSN menambah 11 jenis sukan lagi - memanah, berbasikal, boling padang, karate, silat, menembak, sepak takraw, taekwondo, angkat berat serta wushu sekali gus menjadikan keseluruha­n 19 sukan teras.

Penggugura­n itu bermakna ketiga-tiga sukan itu tidak akan menjadi sukan yang wajib dipertandi­ngkan di Sukan Malaysia (SUKMA) selain tidak menjadi fokus dalam program pembanguna­n MSN.

Malah, persatuan sukan terbabit perlu melaksanak­an program pembanguna­n sendiri dan perlu mempunyai pelan rancangan jangka panjang untuk bangkit semula dan melakar prestasi memberangs­angkan di peringkat antarabang­sa sekiranya mahu dimasukkan semula dalam sukan teras.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia