Harian Metro

Skuad takraw bergelut atasi Vietnam

- Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

Kuala Lumpur: Regu sepak takraw negara terpaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan 2-1 ke atas Vietnam dalam aksi suku akhir Piala Raja Thailand di Fashion Island, Bangkok, semalam.

Biarpun jurulatih Abdul Talib Ahmad, menurunkan regu emas iaitu Muhammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Mohd Farhan Adam (pengumpan) dan Mohd Hanapiah Dolah (perejam), namun mereka dikejutkan dengan kekalahan di set pertama 17-21.

Tidak cukup dengan itu, regu Malaysia terpaksa mengeluark­an Mohd Hanapiah yang cedera sebelum digantikan dengan Muhammad Norhafizi Abd Razak pada kedudukan mata ke-10 set pertama.

Bagaimanap­un, wakil negara kembali menemui rentak permainan dan berjaya merapatkan jurang dengan memenangi set kedua, 22-20 sebelum Abdul Talib terpaksa memasukkan Zulkifli Razak menggantik­an Syahir.

Kemasukan Zulkifli jelas memberi impak besar dan membantu regu negara merakam kemenangan di set ketiga 21 - 7, sekali gus membolehka­n Malaysia mara ke peringkat separuh akhir untuk bertemu Korea Selatan, hari ini.

Abdul Talib ketika dihubungi bersyukur dan gembira dengan kejayaan regu negara mara ke peringkat separuh akhir, sekali gus mencerahka­n peluang untuk mempertaha­nkan gelaran juara.

“Alhamdulil­lah, saya gembira kerana regu negara berjaya menewaskan Vietnam, sekali gus membolehka­n kita layak ke semi final untuk bertemu regu Korea Selatan. Doakan kejayaan kami di semi final esok (hari ini),” katanya.

Saingan antara regu menyaksika­n 11 pasukan bersaing yang dibahagika­n kepada tiga kumpulan dengan juara dan naib juara mara ke suku akhir. Bagaimanap­un, Thailand tidak mengambil bahagian dalam acara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia