Harian Metro

Tak masuk akal! Perlis berdepan laluan sukar

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

>>Taekwondo sumbang tiga pingat emas pada KL2017 sebelum ini  Karthigaiy­an anggap penggugura­n taekwondo mungkin didalangi campur tangan pihak luar

Setiausaha Agung Taekwondo Malaysia (TM), V Jaya Karthigaiy­an menegaskan tindakan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menggugurk­an sukan itu dalam senarai sukan teras Majlis Sukan Negara (MSN) tidak masuk akal.

Malah, beliau tidak menolak kemungkina­n terdapat campur tangan luar yang cuba mengkhiana­ti badan induk itu dengan mendesak serta melobi KBS supaya taekwondo dikeluarka­n daripada senarai sukan teras.

Katanya, tindakan mengejut itu membimbang­kan pihaknya, apatah lagi, apabila memikirkan hala tuju 35,000 ahli yang bernaung di bawah TM.

“Saya hairan mengapa taekwondo yang tersenarai dalam acara Olimpik digugurkan. Keputusan itu jelas tidak logik dan mencetuska­n banyak persoalan.

“Lagipun, TM sentiasa berusaha memastikan kesemua atlet berada di tahap terbaik dan pencapaian meraih tiga pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu membuktika­n kami sudah kembali ke landasan sebenar,” katanya, semalam.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumka­n taekwondo antara tiga sukan teras yang digugurkan selain sepak takraw dan angkat berat.

Alasan penggugura­n yang pertama kali dilakukan sejak 2007 itu disebabkan prestasi yang tidak memuaskan, masalah doping dan percakaran dalam persatuan.

Terdahulu, ketika temasya KL2017 taekwondo menyumbang­kan tiga emas menerusi Chew Wei Yan dan Yap Khim Wen dalam acara poomsae manakala Rozaimi Rozali mengunggul­i acara Kyorugi.

Malah, atlet taekwondo, Elaine Teoh pernah beraksi di dua pentas Sukan Olimpik iaitu Athens (2004) dan Beijing (2008). Kuala Lumpur: Perlis tewas 0-3 kepada pasukan pilihan Perak dalam aksi separuh akhir Kejohanan Hoki Bawah 14 tahun (B-14) TNB-1Mas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Keputusan itu sekali gus meletakkan Perlis dalam kedudukan sukar untuk melangkah ke final dalam pertanding­an yang menggunaka­n format XY itu.

Perlis wajib melakar kemenangan apabila menentang Kuala Lumpur hari ini dan ia akan menjadi penentu untuk melangkah ke pentas final buat kali pertama dalam sejarah mereka.

“Insya Allah, Perlis akan bangkit. Kita tidak mempunyai apa-apa yang dibimbangk­an kerana apabila memasuki peringkat XY ini, mana-mana pasukan tidak mempunyai beza,” kata pembimbing Perlis, Nazrin Saidon selepas perlawanan.

“Di atas kertas ia tampak seimbang. Kita pernah berjumpa Kuala Lumpur sebelum ini dan pasukan meraih kemenangan. Jadi ia mungkin bukan satu masalah. Biarpun Kuala Lumpur selaku tuan rumah, kami akan bangkit.”

Dalam perlawanan itu, ketiga-tiga gol Perak dijaringka­n menerusi pukulan sudut penalti dengan jaringan pembukaan perlawanan diperoleh menerusi Aiman Safwan Abdullah pada minit ke-21.

Kapten pasukan, Mohammad Haikal Azeem Rozainii meledak dua gol masing-masing pada minit ke-25 dan 37.

“Kami mempunyai masalah daripada sudut taktikal pasukan. Apabila Perak bermain laju, kami terlampau menghormat­i pihak lawan dan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

“Kekuatan Perak adalah pukulan sudut penalti dan mereka mengambil kesempatan itu. Tiga jaringan dilakukan mereka adalah daripada pukulan sudut penalti. Kami mempunyai peluang tetapi tidak mengambiln­ya dengan baik. Jadi siapa yang berjaya mengambil peluang dengan baik, mereka akan menang,” katanya.

 ?? V Jaya Karthigaiy­an ?? Saya hairan mengapa taekwondo yang tersenarai dalam acara Olimpik digugurkan. Keputusan itu jelas tidak logik dan mencetuska­n banyak persoalan”
V Jaya Karthigaiy­an Saya hairan mengapa taekwondo yang tersenarai dalam acara Olimpik digugurkan. Keputusan itu jelas tidak logik dan mencetuska­n banyak persoalan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia