Harian Metro

Pei Jing, Kian Meng mahu bangkit raih keyakinan

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengakui jurang antara mereka dengan pasangan kelompok lima terbaik dunia masih jauh ketinggala­n.

Ini selepas permulaan hambar dipamerkan pasangan ke-11 dunia itu apabila tewas kepada beregu nombor empat dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping 12-12, 11-21 dalam aksi sulung Kumpulan B saingan Siri Super Akhir di Kompleks Sukan Hamdan Dubai, Emiriah Arab Bersatu, semalam.

Bagi Pei Jing, mereka ketika ini dalam proses untuk mendapatka­n semula keyakinan selepas kegagalan dialami dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Kami bermain tidak bagus dan itu membuktika­n masih ada jurang yang besar dengan lawan kami. Sebenarnya, siapa pun lawan kami, tidak kira kuat atau tidak, kami tidak boleh berikan prestasi terbaik kerana keyakinan itu tiada.

“Kami tidak bermain dengan baik dalam beberapa kejohanan sebelum ini dan itu menyebabka­n kami hilang keyakinan. Kami perlu dapatkan semula keyakinan kami terlebih dulu agar dapat beraksi dengan permainan sebenar kami,” kata Pei Jing ketika dihubungi di Dubai, semalam.

Kekalahan itu menyaksika­n Kian Meng-Pei Jing tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan ke atas juara Olimpik 2016 dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir pada aksi kedua, hari ini bagi menghidupk­an peluang ke separuh akhir.

“Seperti yang saya katakan, tidak kira siapa pun lawan kami, keyakinan itu adalah penting dan kami belum temui lagi sekarang. Lagipun, kami tidak letak apa-apa sasaran untuk kejohanan ini,” kata Pei Jing.

Hanya dua gandingan terbaik mara ke separuh akhir dan berdepan juara dan naib juara Kumpulan A, yang dibarisi Zheng Siwei-Chen Qingchen (China), Tang Chun Man-Tse Ying Suet (Hong Kong), Praveen Jordan-Debby Susanto (Indonesia) dan Kenta Kazuno-Ayane Kurihara (Jepun).

 ??  ?? PEI Jing (kanan) dan Kian Meng tewas pada aksi pertama kepada beregu China.
PEI Jing (kanan) dan Kian Meng tewas pada aksi pertama kepada beregu China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia