Harian Metro

Ibu Pejabat APMM KL unggul

- Mohd Rafi Mamat sukan@hmetro.com.my

 Aksi mantap bantu pasukan raih 28 mata untuk muncul juara keseluruha­n kejohanan Program 3K

Kontinjen Ibu Pejabat Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Lumpur yang mengumpul 28 mata, muncul juara keseluruha­n kejohanan Program 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) di Stadium Darul Makmur, di sini, baru-baru ini.

Tempat kedua menjadi milik kontinjen Wilayah Timur (WILTIM) dengan meraih 24 mata diikuti Wilayah Selatan (WELSEL) dengan 23 mata. Wilayah Utara(WILUTA) pula menduduki tempat keempat apabila mendapat 20 mata dan Borneo (Sabah dan Sarawak) kelima dengan 15 mata.

Majlis penutup dan penyampaia­n hadiah dilakukan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Kejohanan kali pertama selama seminggu itu disertai seramai 350 peserta daripada anggota Maritim Malaysia seluruh negara yang mewakili lima kontinjen.

Ketua Kontinjen Ibu Pejabat APMM, Gilbert Tinggak Numpang berkata, seramai 60 atlet lelaki dan perempuan mewakili kontinjen Ibu Pejabat APMM bersaing dalam 10 acara yang dipertandi­ngkan.

Katanya, semangat tinggi dan kesungguha­n atlet menjadi faktor utama kejayaan pada kejohanan program 3K yang menjadi gelanggang menguji kebolehan peserta dalam pelbagai acara balapan termasuk bola jaring, bola sepak, ping pong dan golf.

Katanya, walaupun hanya sempat beberapa hari mengadakan latihan namun dengan kesungguha­n atlet mereka berjaya menghasilk­an kejayaan walaupun tidak dijangka pada peringkat awal.

“Saya berpuas hati dan mengucapka­n tahniah kepada semua atlet yang berjaya mencatat keputusan cemerlang pada kejohanan program 3K yang kali pertama diadakan dengan penuh meriah dan semangat kesukanan tinggi,” kata Gilbert.

 ??  ?? ATLET Kontinjen Ibu Pejabat APMM Kuala Lumpur meraikan kejayaan muncul juara keseluruha­n kejohanan Program 3K di Stadium Darul Makmur.
ATLET Kontinjen Ibu Pejabat APMM Kuala Lumpur meraikan kejayaan muncul juara keseluruha­n kejohanan Program 3K di Stadium Darul Makmur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia