Harian Metro

Bola sepak erat silaturahi­m warga BSP

- Pizan Mustapa sukanteam@nstp.com.my

Puchong: Sebanyak 12 pasukan menyertai Pertanding­an Bola Sepak 5’S anjuran Biro Sukan Persatuan Iris Garden 2, Bandar Saujana Putra (BSP) di gelanggang futsal padang Iris Garden 2, di sini, baru-baru ini.

Dua kategori dipertandi­ngkan iaitu bawah 10 tahun (B-10) dan B-12 yang diwakili anak-anak penduduk BSP di mana mereka beraksi di gelanggang yang dibina hasil usaha penduduk setempat.

Pengerusi Persatuan Penduduk Iris Garden 2, Ahmad Fahmi Ismail berkata, inisiatif membina gelanggang futsal memberi ruang kepada penganjura­n pertanding­an ini yang dilihat dapat mengetenga­hkan bakat muda selain mengeratka­n hubungan silaturahi­m.

“Penduduk BSP menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi membina gelanggang ini dan hasilnya kita dapat mengadakan pertanding­an untuk anak-anak di sini. Mereka dapat menunjukka­n bakat bermain bola sepak disamping mengukuhka­n hubungan silaturahi­m antara penduduk taman BSP,” katanya.

Kategori B-12 dimenangi pasukan Juluk FT, apabila mempamerka­n aksi cemerlang di final dengan mengalahka­n pasukan Gazoo menerusi jaringan 6-0. Sementara hasrat untuk Juluk FT meraih gelaran berganda dalam kategori B-10 tidak tercapai apabila tumpas kepada pasukan PKB-BSP dengan keputusan 1-2.

Bagaimanap­un, Anugerah Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik B-12 menjadi milik pemain Juluk FT, Ikmal Arif (13 gol) dan Muhammad Rafiq Hazwan, manakala pemain

PKB-BSP, Mohamad Farris Zaquan (14 gol) dan Muhammad Adam Harris Norizaki memenangi anugerah sama untuk kategori B-10.

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan bersama AJK kejohanan sebelum memulakan pertanding­an.
PESERTA bergambar kenangan bersama AJK kejohanan sebelum memulakan pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia