Harian Metro

Nagatamo wira Inter

- Reuters

 Pertahanan Jepun bantu peneraju Serie A mara ke suku akhir Piala Itali menerusi penentuan penalti

Peneraju Serie A, Inter Milan mara ke suku akhir Piala Itali apabila menumpaska­n pasukan divisyen tiga, Pordenone 5-4 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga masa tambahan.

Pertahanan Jepun, Yuto Nagatamo mengesahka­n kemenangan di San Siro buat Inter ketika penjaga gol Daniele Padelli

menyelamat­kan dua sepakan penalti.

Inter seterusnya bakal membuat perhitunga­n di suku akhir sama ada dengan AC Milan atau Verona.

Keputusan Luciano Spalletti untuk merombak skuadnya selepas terikat tanpa jaringan dengan Juventus, Sabtu lalu tampak tidak menjadi ketika lawannya itu begitu liat.

“Pemain yang jarang diturunkan seakan bergelut

(gambar)

malam ini, kerana Pordenone mempunyai jentera tengah yang berkualiti,” kata Spalletti.

“Kami tidak boleh menguasai bola, malah pemain juga gagal menjalanka­n fungsi dengan baik, dan kemudian ia menjadi lebih rumit kerana mereka makin bersemanga­t.

“Kami tidak mencapai potensi sebenar. Pada akhirnya saya makin kehilangan keyakinan kepada pemain.”

Spalletti meninggalk­an ayam tambatan termasuk kapten Mauro Icardi dan Ivan Perisic di bangku simpanan, sebaliknya membawa masuk pertahanan Andrea Ranocchia, Yann Karamoh (penyerang) dan penjaga gol simpanan Padelli.

Karamoh, 19, mensia-siakan dua peluang sebelum digantikan Perisic, dengan Spaletti yang makin kecewa akhirnya membawa masuk Icardi di hujung permainan.

Namun, sensasi Argentina itu turut gagal memecahkan kebuntuan selepas tandukanny­a melepasi palang daripada hantaran lintang Joao Cancelo.

“Suasana bilik persalinan begitu mengecewak­an, dan saya memahaminy­a,” kata jurulatih Pordenone, Leonardo Colucci yang mana pasukannya mara selepas mengatasi Cagliari sebelum ini.

 ??  ?? NAGATAMO (tengah) dipeluk rakan selepas menjaringk­an sepakan penalti.
NAGATAMO (tengah) dipeluk rakan selepas menjaringk­an sepakan penalti.
 ?? Luciano Spalletti ?? Kami tidak mencapai potensi sebenar. Pada akhirnya saya makin kehilangan keyakinan kepada pemain”
Luciano Spalletti Kami tidak mencapai potensi sebenar. Pada akhirnya saya makin kehilangan keyakinan kepada pemain”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia