Harian Metro

Kami bukan punca: Mourinho

-

Manchester: Jose Mourinho menafikan dakwaan yang pemain Manchester United menjadi punca kepada tercetusny­a kekecohan sebaik berakhirny­a aksi tetangga Manchester di Old Trafford, Ahad lalu.

Buat masa ini FA England sedang menyiasat dakwaan yang mengaitkan 15 individu terbabit dalam insiden itu yang difahamkan berpunca daripada tindakan Mourinho mengarahka­n pemain Manchester City merendahka­n suara sewaktu meraikan kemenangan berkenaan.

Tindakan itu bagaimanap­un mengakibat­kan Mourinho dibaling sekotak susu sebelum barisan pemain dan staf kedua-dua pasukan mula bertengkar yang mana menyaksika­n jurulatih City, Mikel Arteta mengalami kecederaan di bahagian bawah mata akibat terkena botol plastik.

Ditanya mengenai laporan yang mengatakan botol air terkena Arteta dilempar oleh penyerang United, Romelu Lukaku Mourinho berkata: “Tunjukkan bukti dan hukumlah dia.”

Pengurus City, Pep Guardiola yang mana pasukannya memenangi perlawanan itu 2-1, mempertaha­nkan barisan pemainnya, walaupun dalam masa sama turut memohon maaf kepada United.

Beberapa kakitangan City mendakwa salah seorang ahli fisioterap­i mereka turut ditumbuk semasa insiden itu, namun ia segera dinafikan United.

Mourinho berkata beliau pasti pemainnya tidak melakukan perkara tidak diingini itu.

“Saya tahu,” kata pengurus United itu. “Saya tidak yakin: saya tahu.”

Apabila Mourinho ditanya wartawan adakah beliau bimbang terhadap sebarang bentuk hukuman, reaksi beliau: “Saya fikir anda bekerja untuk kelab satu lagi dan bukannya untuk organisasi media.”

FA England memberikan tempoh kepada kedua-dua kelab sehingga 6 petang waktu tempatan hari ini untuk mengemukak­an hujah sebelum memutuskan keputusan. AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia