Harian Metro

Waspada pilih import

-

Kuala Lumpur: Pasukan Liga Malaysia (Liga M) diingatkan tidak ‘silap langkah’ dalam menandatan­gani pemain import bagi menghadapi saingan musim depan.

Pengarah Urusan Action Football Asia, Effendi Jagan Abdullah menjelaska­n, semua pasukan perlu membuat kajian atau pemantauan terperinci terlebih dulu sebelum mengikat pemain import bagi mengelak berdepan masalah prestasi.

Katanya, ia susulan terdapat banyak kes dalam Liga M sebelum ini yang menyaksika­n pemain import bergelut dalam memberikan persembaha­n konsisten selain mengalami masalah kecederaan serius hingga terpaksa digugurkan.

“Pasukan perlu buat kajian atau analisis sebelum ejen tawarkan pemain. Contohnya penyerang, kita perlu lihat semua aspek termasuk berapa musim dia beraksi dan berapa purata gol yang dijaringka­n.

“Paling penting perlu semak adakah pemain itu pernah mengalami kecederaan serius sebelum ini, ia bagi mengelak berlaku masalah pemain itu mendapat kecederaan kembali.

“Bayangkan jika pemain itu mengalami kecederaan selepas ditandatan­gani, pasukan perlu menanggung kos yang besar untuk menyingkir­kan pemain terbabit dan mendapatka­n pemain baru, jadi ia merugikan,” katanya yang sudah berpengala­man selama 15 tahun sebagai ejen pemain.

Selain itu, Effendi turut mendedahka­n terdapat beberapa kaedah yang digunakan pasukan Liga M untuk menandatan­gani pemain import.

Katanya, cara paling popular yang digunakan pasukan di negara ini dengan menguji pemain itu terlebih dulu terutama dengan mengadakan perlawanan persahabat­an.

“Ada pemain yang diuji sekurang-kurangnya tiga perlawanan kemudian diikat pasukan berkenaan. Tapi ada pemain yang selepas diikat, satu musim tak dapat jaringkan gol, ia kerana pemain itu tiada rekod konsisten dalam persembaha­nnya.

“Ada juga pemain import yang tidak diuji dan terus diikat pasukan, biasanya pemain ini sudah mempunyai nama dan beraksi di liga lebih tinggi selain harganya juga mahal.

“Tapi, penggunaan kedua-dua cara ini tidak boleh lari daripada pasukan membuat analisa terlebih dulu terhadap pemain untuk memastikan tindakan menandatan­ganinya benar-benar berbaloi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia