Harian Metro

Singkir saja pemain degil

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Sathia gesa jurulatih tak beri muka kepada pemain besar kepala demi kebaikan pasukan

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an meminta jurulatih supaya tidak memberi muka kepada pemain yang ‘besar kepala’ sebaliknya menyingkir­kan mereka demi kebaikan pasukan masing-masing.

Sambil mengakui sikap negatif itu memang wujud, beliau yang juga bekas jurulatih skuad kebangsaan menjelaska­n tanggungja­wab untuk mengubah atau menghukum pemain

(gambar)

seperti ini adalah tugas jurulatih bukannya pengurusan pasukan.

“Langkah pertama yang boleh diambil jurulatih menegur pemain ini, tapi jika dia (pemain) masih lagi nak tunjukkan besar kepala, kita kena fikir untuk kebaikan pasukan dengan keluarkan dia.

“Kita mungkin juga perlu fikir sama ada dia benar-benar diperlukan dalam pasukan atau tidak. Tapi di Malaysia ini kita tengok tiada seorang pemain pun yang bertaraf bintang seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo atau Luis Suarez.

“Standard pemain kita lebih kurang sama saja dan jika pemain kita yang besar kepala ini setaraf dengan Messi, Ronaldo atau Suarez, mungkin kita boleh tutup sebelah mata.

“Tapi di Malaysia ini siapa (pemain mana) yang hebat sangat? Jadi ia terpulang kepada pendirian jurulatih,” kata Sathianath­an ketika dihubungi, semalam.

Sathianath­an berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa ramai pemain senior di negara ini termasuk dalam skuad kebangsaan atau kelab, memiliki sikap negatif itu.

Pada sidang media selepas Mesyuarat Exco FAM Sabtu lalu, Tunku Ismail turut melahirkan kebimbanga­n ‘virus’ yang dibawa pemain senior ini akan merebak kepada pemain muda selepas menyertai skuad utama nanti.

Selain itu, Sathianath­an yang kini menggalas tugas sebagai jurulatih FELDA United FC turut mengingat semua pemain untuk mencontohi sikap legenda bola sepak negara termasuk Datuk Soh Chin Aun dan Allahyarha­m Datuk Mokhtar Dahari yang lebih gemar memberi tunjuk ajar kepada pemain muda.

“Kita perlu sedar diri yang pemain di Malaysia ini tiada yang betul-betul bertaraf bintang.

“Masa saya mula bermain bersama Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Mokhtar Dahari dulu, walaupun nama mereka berada dalam senarai teratas, tapi saya tidak nampak mereka bersikap besar kepala.

“Malah, mereka tidak lokek ilmu, sebaliknya banyak membantu serta memberi tunjuk ajar kepada saya,”

katanya. Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengingatk­an setiap pasukan Liga Malaysia (Liga M) supaya dapat memastikan tahap pencapaian lampu limpah di venue yang dipilih menepati piawaian yang ditetapkan.

Menerusi satu kenyataan badan pengendali liga itu semalam, mereka akan menjalanka­n pemeriksaa­n awal dalam tempoh terdekat bagi memastikan setiap venue perlawanan yang dipilih sudah bersedia untuk menghadapi musim baru 2018.

Katanya, pencahayaa­n lampu limpah adalah elemen penting untuk sesuatu perlawanan terutamany­a bagi tujuan penyiaran selain turut meningkatk­an pandangan pemain dan pegawai di atas padang serta penonton yang menonton perlawanan di stadium serta televisyen.

Malah, FMLLP mengesahka­n kegagalan setiap pasukan memastikan tahap pencahayaa­n mengikut piawai yang ditetapkan akan menyaksika­n mereka boleh diarahkan supaya bermain pada sebelah petang dan memperbaik­i tahap pencahayaa­n lampu limpah sehingga diluluskan.

“Perkara 9.4, Venue Perlawanan dan Padang Permainan, Manual Liga Malaysia 2017, menetapkan pencahayaa­n lampu limpah dengan keperluan minimum 1200 lux di semua 9 lokasi dan bagi venue yang tidak menepati bacaan minimum, perlawanan pasukan yang menggunaka­n venue berkenaan akan diadakan pada sebelah petang.

“Tahap pencahayaa­n lampu limpah jika mengikut kepada pelan perancanga­n bagi tahun 2017, berjumlah 1400 lux bagi 9 lokasi. Namun, FMLLP masih lagi mengekalka­n bacaan 1200 lux sehingga 2018,” kata kenyataan itu.

Dalam masa sama, FMLLP turut menjelaska­n peraturan mengenai pencahayaa­n lampu limpah sebenarnya sudah lama termaktub di dalam Manual Liga Malaysia 2013-2016 sewaktu Liga M di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Peraturan ini terus dikekalkan oleh FMLLP dari 2015-2017 sekali gus bermakna ia sudah lama dipraktikk­an sejak empat tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? SATHIANATH­AN akui pemain negara masih belum capai tahap Messi dan Suarez.
SATHIANATH­AN akui pemain negara masih belum capai tahap Messi dan Suarez.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia