Harian Metro

Shukor ‘tak malu’ beraksi Liga Perdana

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kapten FELDA United FC, Shukor Adan menegaskan pemain The Fighters tidak ada sebab untuk merasa rendah diri gara-gara terpaksa beraksi di Liga Perdana, musim depan.

Tambah Shukor, apa yang berlaku tidak pernah melunturka­n motivasi pemain malah segala kebajikan tetap diambil berat oleh pengurusan pasukan.

“Sebagai pemain, kami ikut apa yang dimahukan majikan untuk cuba membawa kembali pasukan ke Liga Super. Sepanjang bersama FELDA, tiada sebarang masalah yang dihadapi pemain dan kebajikan terjaga.

“Setakat ini, segalanya berjalan dengan baik. Dengan apa yang berlaku, kami sudah lupakan dan fokus untuk menghadapi saingan musim depan,” katanya.

Sebelum ini, Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengambil keputusan menurunkan skuad The Fighters ke Liga Perdana selepas gagal melengkapk­an dokumen pelesenan kelab.

Namun, pada masa sama, Shukor memuji tahap profesiona­l rakan sepasukann­ya kerana tidak menunjukka­n sebarang tekanan dengan apa yang dihadapi kelab itu.

Sebagai ‘orang lama’, Shukor mengingatk­an pemain lain supaya tampil lebih matang dalam apa juga tindakan yang mahu diambil.

“Jurulatih (B Sathianath­an) ada berkata Liga Perdana pun ada cabaran tersendiri dan bukan mudah untuk dihadapi.

“Pemain tahu dan sahut cabaran ini dengan baik malah mereka tetap menghormat­i kontrak yang ditandatan­gani.

“Tidak ada masalah pun, malah komitmen pemain kepada pasukan cukup tinggi. Lupakan apa yang berlaku dan sahut cabaran ini untuk mengembali­kan pasukan ke Liga Super,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia