Harian Metro

Hadi enggan kecewakan OKS Mahu sehebat pemain import

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak menegaskan dia tidak mahu mensia-siakan peluang kali pertama dipanggil menyertai latihan pusat bersama skuad bawah 23 tahun negara (B-23)

Justeru, pemain tinggi lampai berusia 17 tahun itu bersedia merebut tempat dalam senarai 26 pemain skuad Datuk Ong Kim Swee (OKS) yang akan ke Korea Selatan untuk melakukan persiapan bagi mengharung­i Kejohanan AFC B-23 2018 di China, bulan depan.

Malah, Hadi mahu menggunaka­n pengalaman­nya beraksi di Korea Selatan ketika bersama skuad B-19 mengharung­i kelayakan Kejohanan AFC B-19 bulan lalu bagi membuktika­n betapa dia layak untuk berada dalam skuad Kim Swee.

“Memang bukan mudah untuk merebut tempat terutama apabila terpaksa bersaing dengan pemain senior yang sudah lama berlatih bersama pasukan ini.

“Tapi, saya tidak menganggap­nya sebagai penghalang kerana segala keputusan akan dibuat jurulatih. Jika kita bermain dengan baik, sudah pasti jurulatih akan pilih kita.

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik dan menunjukka­n usia lebih muda bukan penghalang untuk mewakili pasukan senior,” kata pemain Johor Darul Ta’zim II itu.

Melihat kepada pemain yang dipanggil Kim Swee ke kem latihan kali ini, Hadi dilihat berdepan saingan sengit daripada pemain yang beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur termasuk N Thanabalan, Jafri Firdaus Chew, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta penyerang Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj.

Kim Swee bakal membuat penilaian terakhir sebelum memilih pemain yang akan ke Korea Selatan selepas aksi persahabat­an berdepan Melaka United, hari ini.

Skuad B-23 akan menjalani latihan pusat di Mokpo, Korea Selatan selain dijadualka­n mengharung­i tiga aksi persahabat­an antarabang­sa pada 22, 25 dan 28 Disember ini.

Penyerang muda Kedah, Zafuan Azeman bertekad membuktika­n yang kemampuann­ya setanding dengan kehebatan peledak import.

Memulakan langkah pertama dalam kancah Liga Super bersama juara Piala FA 2017 musim depan, bekas pemain Perlis itu berkata sudah tiba masanya pemain muda tempatan sepertinya berusaha dengan gigih bagi membuktika­n mereka mampu menyaingi kehebatan pemain import.

“Saya bertekad untuk buktikan pemain tempatan mampu menyaingi import dan saya letakkan tanda aras di situ sebagai sasaran untuk meningkatk­an prestasi saya.

“Saya juga meletakkan sasaran peribadi iaitu menjaringk­an 11 gol untuk saya capai pada aksi Liga Super yang persaingan­nya lebih tinggi berbanding aksi di Liga perdana musim lalu ketika saya bersama skuad Perlis.

“Jika musim lalu saya mampu menjaringk­an enam gol, jadi pada musim 2018 saya berharap dapat meningkatk­an lagi jumlah jaringan walaupun berdepan cabaran dan saingan yang lebih hebat berbanding di Liga Perdana,” kata Zafuan.

Ditanya mengenai corak latihan baharu di bawah kendalian Ramon Marcote, bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil berusia 18 tahun itu berkata beliau teruja dengan ilmu yang dicurahkan oleh jurulatih yang mempunyai teknik bola sepak terkini dari Sepanyol itu.

“Corak latihan dan pembelajar­an yang terkini dapat saya pelajari terutama kaedah hantaran pendek dan banyak penekanan dalam kaedah rembatan bola yang

 Zafuan tekad pamer kehebatan bersama Kedah

baik,” katanya.

Selain itu, Zafuan juga menjadikan pemain senior tempatan Baddrol Bakhtiar dan tonggak import Liridon Krasniqi sebagai idolanya dan menjadikan mereka sebagai ‘guru’ kedua selain jurulatih dan beberapa pemain senior yang lain.

“Saya meminati corak permainan mereka dan saya juga bertanya berkaitan petua untuk corak permainan, pemakanan dan kesihatan daripada aspek profesiona­l memandangk­an mereka mempunyai banyak pengalaman termasuk di arena antarabang­sa.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia