Harian Metro

Kejutan tak menjadi

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

 Kesilapan komunikasi punca Malaysia Panthers sumbat gol sendiri

Gol sendiri Muhammad Akmal Afnan Shahridzan memusnahka­n hajat wakil negara, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Malaysia Panthers melakukan kejutan ke atas akademi Paris Saint German (PSG) dalam aksi pertama bawah 14 (B-14) Piala Supermokh, semalam.

Dalam aksi Kumpulan A di padang Majlis Sukan Negara (MSN) itu, skuad kendalian Mohd Armi Shariff itu bermula garang apabila mendahului seawal minit ke-10 menerusi jaringan Ziad El Basheer Norhisham.

Bagaimanap­un, lawan yang terkejut dengan jaringan itu kemudian bangkit melakukan serangan sebelum kesilapan Muhammad Akmal pada minit ke-35 membolehka­n mereka mengikat kedudukan.

“Gol lawan terhasil kerana kesilapan komunikasi pemain. Malah kita ada beberapa peluang namun ia gagal disempurna­kan dengan baik.

“Selain faktor fizikal dan cuaca panas, aspek teknikal pemain PSG juga mengatasi pemain saya. Apapun, ini satu pendedahan yang bagus buat kami dan masih banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata Mohd Armi.

Sementara itu, juara bertahan AMD Malaysia Cougars bermula garang apabila membelasah wakil Qatar, Aspire Academy 4-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagaimanap­un, keputusan itu belum mampu memuaskan hati pengendali­nya, Ahmad Nurfaizal Abdullah yang menyifatka­n aksi anak buahnya belum mencapai tahap terbaik.

“Kalau diikutkan, permainan hari ini belum memadai lagi, namun pemain cukup berdisipli­n terutamany­a ketika menyerang dan bertahan. Tahniah kepada pemain yang berusaha bersungguh-sungguh.

“Sudah pasti semua pasukan mahukan kemenangan, begitu juga kami dalam usaha mempertaha­nkan kejuaraan. Apapun, aspek pembanguna­n perlu didahuluka­n dan lebih penting melihat peningkata­n dari satu ke satu perlawanan,” katanya.

Semua gol AMD Malaysia Cougars dijaringka­n Mohamad Akif Afizi Ramzi pada minit kesembilan, Azannis Adzri Abdul Halim (m-18), Muhammad Faiz Amer Runnizar (m-20) dan Muhammad Danish Mohamad Zahir (m-25).

Gol tunggal Aspire Academy dijaringka­n Jassem Mohammed Alsharshan­i pada minit ke-65 menerusi sepakan penalti.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Malaysia Panthers, Mohammad Marwan Abdul Rahman (dua dari kiri) diasak pemain PSG di Piala Supermokh 2017 di Bukit Jalil, semalam.
FOTO: PEMAIN Malaysia Panthers, Mohammad Marwan Abdul Rahman (dua dari kiri) diasak pemain PSG di Piala Supermokh 2017 di Bukit Jalil, semalam.
 ?? HAFIZ SOHAIMI ??
HAFIZ SOHAIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia