Harian Metro

Halim mahu lonjak Selangor

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Pemain tengah berpengala­man, Abdul Halim Zainal yakin dapat membantu Selangor meraih pencapaian lebih baik pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bekas pemain Negeri Sembilan berusia 29 tahun itu mengaku sukar untuk meninggalk­an skuad The Red Giants, selepas semakin serasi dengan corak latihan dan bimbingan pengendali, P Maniam.

Justeru, dia berazam untuk membalas kepercayaa­n yang diberikan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang melanjutka­n kontraknya semusim lagi.

“Kepercayaa­n yang diberikan oleh FAS untuk saya terus menabur bakti kepada Selangor bagi semusim lagi, tidak akan saya sia-siakan dengan berusaha memberikan persembaha­n terbaik bagi menaikkan kembali reputasi pasukan.

“Saya yakin akan dapat

(gambar)

meneruskan sumbangan terbaik kepada pasukan selepas semakin serasi dengan corak latihan selain kerjasama padu antara rakan dalam pasukan seperti sebuah keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Halim antara pemain utama yang diturunkan ketika bersama skuad Hobin Jang Hobin dari 2008 hingga 2014, sebelum berpindah kepada pasukan Sime Darby FC pada 2015, yang ketika itu beraksi dalam Liga Super.

Mengikut jejak dua abangnya, Faizal dan Khairil, Abdul Halim akui biarpun sedar cabaran musim 2018 dijangka lebih sengit jika meneliti kepada persiapan kebanyakan pasukan yang bertanding, namun Abdul Halim yakin dengan kekuatan Selangor musim hadapan.

Menurutnya, beberapa perubahan yang dilakukan pengurusan pasukan itu termasuk membawa masuk beberapa pemain tempatan berpengala­man seperti Joseph Kalang Tie dan Azamuddin Akil, selain penyerang berpengala­man sedia ada, Amri Yahyah, sudah tentu akan memberikan kekuatan baru kepada pasukan berkenaan.

Malah katanya, penampilan beberapa pemain import baharu seperti Ilham Udin Armaiyn dan Evan Dimas dari Indonesia, pastinya akan menambah sengat skuad Selangor dalam usaha meletakkan pasukan selaku pesaing utama musim hadapan dan seterusnya memburu kejuaraan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia