Harian Metro

Barisan muda taruhan Maniam

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor, P Maniam memberi bayangan untuk memberi lebih banyak peluang kepada pemain muda membarisi kesebelasa­n utama The Red Giants dalam kancah Liga Malaysia (Liga M), musim depan.

Menurut bekas pengendali Air Asia FC itu, beliau sedar pemain muda sememangny­a memerlukan pendedahan untuk beraksi pada tahap yang kompetitif, sekali gus akan memberi peluang kepada mereka untuk mengembang­kan potensi diri masing-masing.

“Kita akui barisan Selangor musim depan dibarisi ramai pemain muda, jadi penting untuk mereka diberi pendedahan dan peluang beraksi.

“Jadi, mereka perlu bersedia dan memanfaatk­an peluang yang diberikan dengan memperagak­an aksi terbaik masing-masing.

“Apapun, selepas lebih seminggu menjalani latihan, saya dapat saksikan pemain senior dan pemain muda dapat menunjukka­n persefaham­an yang baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai persiapan pramusim juara Piala Malaysia 33 kali itu, Maniam menegaskan kemungkina­n besar mereka akan mengharung­i beberapa aksi persahabat­an di luar negara, bulan depan.

“Kita ada lebih kurang sembilan minggu untuk melakukan persiapan, jadi saya kira tempoh itu memadai membentuk pasukan yang mantap.

“Kemungkina­n kita akan menjalani aksi pramusim di Thailand atau Indonesia, namun kita masih menunggu kata putus daripada pengurusan. Perancanga­n itu memang ada cuma kita belum tentukan di mana,” katanya.

 ?? Maniam ?? Selepas lebih seminggu menjalani latihan, saya dapat saksikan pemain senior dan pemain muda dapat menunjukka­n persefaham­an yang baik”
Maniam Selepas lebih seminggu menjalani latihan, saya dapat saksikan pemain senior dan pemain muda dapat menunjukka­n persefaham­an yang baik”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia